Universiti terkenal India/universiti mee segera dekat gua!

|

~ KOMEN: Aku gelak sorang2 baca berita ni... asyik berharap je... dasar kaki penipu/auta kare

Universiti Perubatan Antarabangsa Bakal Dibina Di Perak
LONDON: Sebuah universiti perubatan antarabangsa, menerusi kerjasama dengan beberapa universiti terkenal terutamanya dari India akan dibina di Perak tahun depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sini semalam.

Beliau berkata projek berkenaan akan melibatkan jumlah pelaburan antara RM7 bilion hingga RM8 billion yang telah dirancang menerusi inisiatif swasta dan kerajaan negeri akan mempunyai ekuiti dalam projek tersebut (sila ingat projek kilang simen Perak-Hanjoong).

"Ia seperti (universiti) konsortium. Pada mulanya syarikat yang berpangkalan di Malaysia akan melabur RM300 juta. Kita berharap mereka boleh memulakan operasi menjelang tahun depan dengan jumlah pengambilan minimum.

"Mereka (pelajar) boleh mengambil kursus prauniversiti terlebih dahulu," katanya pada majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang belajar di United Kingdom, di King College di sini. Zambry berkata kerajaan negeri telah memperuntukan kawasan seluas 120 hektar di Gua Tempurung berhampiran Ipoh bagi syarikat berkenaan membina universiti itu.

"Selepas keseluruhan projek siap, kita percaya ia boleh menampung 10,000 pelajar dari seluruh dunia. Kita berharap untuk memberi lebih ramai orang peluang belajar di dalam bidang perubatan," katanya.

0 comments: