Royalti Ganu: UMNO celaka dulu, celaka kini, celaka selamanya

|

Terengganu tetap tuntut RM2.792b
KUALA TERENGGANU 23 Dis. - Kerajaan negeri masih lagi berunding dengan Kerajaan Pusat berhubung penyelesaian pembayaran royalti petroleum kepada negeri ini yang masih tertangguh.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri tetap menolak tawaran pembayaran royalti yang dibuat Kementerian Kewangan sebelum ini iaitu sebanyak RM1.686 bilion.

Beliau menegaskan, ini kerana jumlah royalti yang mahu dituntut oleh kerajaan negeri bagi tempoh 2000 hingga 2009 berjumlah RM2.792 bilion.

"Kementerian Kewangan nampaknya masih tidak berganjak dengan keputusan awal untuk membayar balik RM1.686 bilion sahaja.

"Tetapi angka itu tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri, oleh itu selagi perkara ini tidak diselesaikan, perjanjian tidak akan ditandatangani," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Rhu Rendang) di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Abdul Hadi dalam soalan asalnya meminta kerajaan negeri menyatakan perkembangan terkini berhubung proses pembayaran royalti petroleum kepada kerajaan negeri.

Mengenai tindakan saman, Ahmad berkata, kerajaan negeri akan menarik balik kes di mahkamah jika kerajaan negeri berpuas hati dengan jumlah royalti yang akan dibayar.

Beliau berkata, dalam mesyuarat terakhir di Kuala Terengganu pada Ogos lalu, dinyatakan bahawa Kementerian Kewangan telah menerima sebanyak RM15.847 bilion daripada Petronas bagi tempoh 2000 hingga Mac 2009.

0 comments: