Santa Claus Melayu curi peralatan elektrik masjid di JOHOR

|

KOTA TINGGI - Misteri kehilangan peralatan elektrik di beberapa buah surau dan masjid di daerah ini akhirnya terjawab dengan penahanan seorang lelaki berusia 34 tahun di Bandar Tenggara, Kulaijaya kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot berkata, polis menerima tiga laporan berhubung kes pecah masuk surau dan masjid yang menyebabkan kesemua premis itu kehilangan barangan elektrik.

Menurut beliau, siasatan kemudian dapat menahan seorang lelaki di sekitar Bandar Tenggara pada pukul 4.30 petang.

"Penahanan suspek kemudian membawa kepada penemuan barang-barang curi antaranya 14 kipas dinding, pembesar suara dan sebuah amplifier," kata beliau.

Katanya, suspek itu dengan seorang lagi yang masih bebas dipercayai memecah masuk surau dan masjid pada sebelah malam ketika ketiadaan jemaah.

0 comments: