Patung Barack Obama: Agama Islam lingkup di Indonesia

|

JAKARTA – Satu patung Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sewaktu beliau berusia 10 tahun dengan memakai seluar pendek dan sehelai baju T telah dipamerkan di sebuah taman di Jakarta, kata beberapa pegawai semalam.

Patung Obama itu dibina untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain di Indonesia yang merupakan tempat Obama dibesarkan semasa zaman kanak-kanak.

Patung tersebut kelihatan tersenyum melihat seekor rama-rama yang hingap pada ibu jari kirinya.

Ia dipamerkan di Taman Menteng yang terletak berdekatan tempat Obama membesar dari 1967 sehingga 1971.

Ketika itu, ibu Obama yang merupakan warga AS berkahwin dengan seorang rakyat Indonesia.

Taman itu sebelum ini merupakan sebuah padang yang terletak berdekatan dengan sekolah rendah Obama.

“Kami mengalu-alukan kehadiran patung itu yang dicipta khusus untuk memberi semangat kepada kanak-kanak Indonesia bagi mencapai impian mereka,” kata Gabenor Jakarta Tengah, Sylviana Murni.

Menurut Yayasan Rakan Obama, Ron Mullers, kos bagi membiayai pembinaan patung itu ialah lebih AS$10,000 (RM34,000) yang disumbangkan oleh lapan pihak. – AP

http://komunitasamam.files.wordpress.com/2009/04/pfl-slyviana-adrinova.jpg?w=227&h=299

Walikota Jakarta Pusat 2008-2013
Nama : Dr. Hj. Sylviana Murni, SH, M.Si
TTL : Jakarta, 11 Oktober 1958
Agama : Islam

0 comments: