MB NS selamat, pengurup wang akhirnya yang salah

|

BANK NEGARA BERTINDAK KE ATAS PENGURUP WANG – mStar
Bank Negara Malaysia telah membatalkan 41 lesen pengurupan wang setakat ini tahun ini.

Langkah penguatkuasaan ini diambil terhadap pengurup wang yang didapati melanggar beberapa peruntukan Akta Pengurupan Wang 1988 (Akta), kata bank pusat itu menerusi satu kenyataan.

Kesalahan itu termasuk melanggar Seksyen 30 Akta tersebut, yang melarang pengurup wang memindahkan dana ke luar Malaysia, sama ada untuk diri sendiri atau bagi pihak ketiga.

Mengikut akta itu, pengurup wang hanya dibenarkan menjalankan perniagaan pertukaran mata wang asing dengan ringgit atau dengan mata wang asing lain dalam Malaysia

Bank Negara mengingatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh institusi perbankan perdagangan atau 45 penyedia perkhidmatan kiriman wang bukan bank yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia bagi memindahkan dana ke luar negara.

Dalam persekitaran kewangan Malaysia yang lebih liberal, orang ramai bebas untuk memindahkan dana melalui entiti yang dibenarkan itu, kata bank pusat.

0 comments: