Lepas banyak bangunan konkrit runtuh, buat Taman Plastik

|

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu sedang membangunkan fasa kedua Taman Plastik seluas kira-kira 40 hektar melibatkan kos RM20 juta di Teluk Kalong, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamad Awang Tera berkata, projek itu dibangunkan dengan kerjasama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang menawarkan lot-lot industri yang berasaskan minyak dan gas.

"Asas utama Taman Plastik ini adalah dengan menyediakan pelbagai bahan gas, minyak dan kimia yang menjadi bahan utama barangan berasaskan plastik, kepada pelabur asing.

"Kita jangkakan pelabur tertarik dengan taman ini disebabkan penyediaan kemudahan dibuat oleh Petronas yang kedudukannya bersebelahan dengan taman berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perancangan dan Pelaksanaan ECER anjuran Gabungan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di sini semalam.

0 comments: