Lemahnya cara Zambry berfikir, memang tak layak jadi MB

|

IPOH 26 Dis. - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir yang sedih dengan kemalangan meragut 10 nyawa di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi ini, mencadangkan supaya operasi semua bas ekspres pada waktu malam dihentikan.

Beliau yang berharap Kerajaan Pusat menimbangkan cadangannya itu, turut mengarahkan siasatan segera dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat tersebut.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, katanya, kejadian itu amat menyedihkan kerana mengorbankan banyak nyawa.

"Nyawa orang ramai adalah yang paling utama. Jika cara ini (henti perjalanan waktu malam) boleh melindungi nyawa orang ramai, mengapa tidak dilaksanakan.

"Saya juga minta satu siasatan dibuat terhadap punca sebenar kemalangan maut ini," katanya yang bergegas melawat keluarga mangsa sebaik dimaklumkan di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Dalam masa sama, kata Zambry, kerajaan negeri telah mencadangkan agar jalan-jalan Persekutuan di negeri ini diperbesarkan dan dijadikan dua lorong bagi mengelakkan kemalangan.

"Selain itu, kita meminta dibina lebuh raya di pesisir pantai dan lebuh raya mini supaya kemalangan dapat dielakkan," katanya.

Zambry berkata, kemalangan boleh dielakkan jika pemandu berdisiplin dan sentiasa mematuhi undang-undang ketika berada di lebuh raya.

Dalam lawatan kira-kira sejam itu, beliau menghulurkan sumbangan peribadi bagi meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

0 comments: