Kerajaan UMNO bukan peduli nyawa/nasib pelajar Malaysia

|

Pelajar Malaysia selamat dalam gempa di Padang
JAKARTA - Kesemua 75 pelajar perubatan Malaysia selamat dalam kejadian gempa bumi terbaru berkekuatan 6.1 pada skala Richter (SR) di Padang, Sumatera Barat pagi semalam.

Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Datuk Dr. Junaidi Abu Bakar berkata, beliau telah menghubungi pemimpin pelajar Malaysia di Universitas Andalas dan mendapat pengesahan bahawa semua pelajar yang masih berada di Padang berada dalam selamat.

"Kita ada 75 pelajar di sana sekarang manakala bakinya kira-kira 70 orang lagi bercuti di Malaysia. Mereka masih berada di rumah ketika kejadian dan sempat menyelamatkan diri ke luar rumah setelah merasakan goyangan gempa yang agak kuat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Bagaimanapun, semua pelajar itu meneruskan kuliah dan latihan praktikal mereka seperti biasa semalam kerana tidak ada kerosakan harta benda akibat kejadian itu.

Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu terjadi pada pukul 8.11 pagi dengan pusatnya di kedalaman 10km pada lokasi kira-kira 56km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Gempa susulan yang berkekuatan 5.3 SR pula berlaku pada pukul 8.47 pagi di kedalaman 25km pada lokasi 46km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

0 comments: