Kenapa Petronas tak taja pasukan F1 1Malaysia? Jawab le...

|

PETRONAS akan menjadi penaja utama pasukan Formula Satu (F1) Mercedes GP.

Kedua-dua belah pihak sudah menandatangani perjanjian selama lima tahun.

Dengan kerjasama itu, bermula tahun hadapan juga, pasukan tersebut akan dikenali sebagai pasukan Mercedes GP Petronas.

Sebelum ini Petronas telah menaja pasukan Sauber.

“Kerjasama ini juga turut membenarkan urusan perniagaan dengan Mercedes yang akan menyokong untuk memperluaskan perniagaan antarabangsa Petronas terutama dalam bidang pelincir global,” kata Petronas dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

“Bermula tahun hadapan juga, pasukan ini secara rasminya akan dikenali sebagai Pasukan F1 Mercedes GP Petronas.”

Petronas tidak mendedahkan jumlah tajaan yang diberikan tetapi mengakui kerjasama tersebut akan dapat mengukuhkan lagi jenama Petronas di pentas dunia selain dapat mempromosikan Malaysia.

Selain Mercedes GP, Petronas yang juga syarikat minyak dan gas terbesar negara, turut menjadi penaja utama bagi perlumbaan F1 Grand Prix (GP) Malaysia.

Mercedes GP yang sebelum ini dikenali sebagai Brawn GP merupakan juara dunia berganda tahun ini bagi kategori pemandu melalui Jenson Button dan juga kategori pengeluar.

Begitupun, Button telah meninggalkan Mercedes GP untuk menyertai pasukan McLaren manakala tempatnya telah digantikan oleh pemandu Jerman, Nico Rosberg. – Agensi

2 comments:

Hasbullah Pit said...

Dari sudut komersil.
Aku sendiri taknak taja pasukan enjin Cosworth.

forever silver said...

anda bijak, dapat markah penuh!