Kah kah kah! Sikitnya rakyat baca Berita Harian dan Utusan

|

Harian Metro kekal No 1
Oleh Hatipah Ahmad

KUALA LUMPUR: Harian Metro terus unggul apabila mengekalkan kedudukan sebagai akhbar harian bahasa Malaysia nombor satu negara dengan purata jualan 338,552 naskhah sehari bagi tempoh 12 bulan antara 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009.

Jumlah itu paling tinggi berbanding akhbar harian bahasa Malaysia lain di pasaran seperti Berita Harian yang mencatat purata 183,187 naskhah sehari, Utusan Malaysia (181,346) dan Kosmo (129,633).

Mengikut perangkaan terbaru dikeluarkan Audit Bureau Circulation (ABC) semalam, bagi tempoh enam bulan pertama 2009, pertumbuhan naskhah dalam edaran berkembang konsisten.

Dalam tempoh berkenaan, Harian Metro mencatatkan angka jualan tertinggi iaitu 354,005 naskhah sehari berbanding 334,499 naskhah direkodkan akhbar tabloid itu sepanjang enam bulan pertama 2008.

Bagi tempoh sama, Berita Harian merekodkan 176,996 naskhah, Utusan Malaysia (180,444) dan Kosmo (139,671).


Tabloid Melayu kian popular, harian merosot
dikemaskini Dua harian berpengaruh bahasa Melayu mencatatkan penurunan jumlah edarannya tetapi tabloid terbitan syarikat media yang sama merekodkan kenaikan, sehingga 12 peratus setahun lalu.

Jumlah edaran Utusan Malaysia menurun sehingga 8 peratus kepada 181,346 naskhah, sementara Berita Harian pula merosot 5 peratus kepada 183,187 naskhah.

0 comments: