Jom undi TG Nik Aziz

|

di [POLL] Pemimpin Politik Paling Popular Di Malaysia 2009

Berita Semasa berbesar hati menganjurkan Anugerah Pemimpin Paling Popular Di Malaysia untuk tahun 2009, supaya dapat mengundi pemimpin pilihan di hati kalbu anda semua. Yang penting sekali anugerah ini tiadak ada kena mengena langsung dengan Anugerah Bintang Paling Popular anjuran Berita Harian. Bak kata Karamjit Singh Karam Singh Walia, “jauh panggang daripada api”.

Bagi memastikan ketelusan sepanjang undian ini berlangsung dan berjalan dengan lancar, Berita Semasa telah menggunakan laman Poll Daddy

Sebarang cubaan untuk memberikan sogokan supaya menaikkan undian yang sedia ada, tidak sama sekali akan dilayan. Keputusan adalah muktamad. Jikalau tercatat keputusan di akhir nanti, itu hanyalah keputusan undian maya semata-mata. Undian akan mula ditutup pada 29 Disember 2009. Maknanya anda semua ada mempunyai lebih kurang 2 minggu daripada sekarang untuk mengundi pemimpin pilihan hati.

Okey, jikalau pemimpin yang anda ingini tidak terdapat dalam senarai yang Berita Semasa paparkan di ruangan undian, anda oleh letakkan cadangan diruangan komen. Tapi, janganlah pula nanti letak calon yang tidak ada kena mengena langsung dan tidak munasabah. Contohnya Rozita Chek Wan ker, Tiz Ziqyah, Lee Chong Wei, Manohara Kelantan atau yang sewaktu dengannya.

P/S : akan direkodkan untuk mengelakkan individu yang membuat lebih daripada satu undian. Satu lagi sebelum terlupa, satu poll untuk Parti Pilihan juga terpapar diruangan sidebar laman ini. Boleh semak dan undi di sana.

PP/S : Undian bagi Anugerah Pemimpin Paling Popular Di Malaysia 2009 pilihan rakyat untuk tahun 2009 akan bermula hari ini dan artikel ini akan di”stick”kan. Anda juga menyebarkan kepada umum supaya lebih ramai yang menyertai undian ini.

Thank you for voting!
Total Votes: 82

0 comments: