Jangan biarkan anak anda mati kering di tangan BN

|

Saya Ibarat Hilang Sebelah Tangan-En Vasudevan

sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

En Vasudevan dari Gopeng : Beliau merupakan bapa kepada salah seorang mangsa yang telah menemui ajal dalam tragedi Jambatan Gantung Kuala Dipang yang lalu.Beliau hadir pada program ini untuk menyatakan bahawa betapa sedih dan hampanya hidup beliau sekarang dalam mengenang anak yang telah pergi.Sehingga kini guru-guru dan juga guru besar sekolah anak beliau masih tidak mengunjngi mereka apalagi menghulurkan bantuan sejak tragedi berlaku.En.Vasu juga menyatakan bahawa program tersebut telah Membunuh anak beliau dan menyifatkan mereka yang membawa anak beliau ke program tersebut sebagai Pembunuh.Beliau turut menyatakan bahawa sekiranya ibubapa tidak menghantar anak mereka maka mereka dituduh tidak menyokong saranan kementerian pendidikan namun apabila Beliau menghantar anaknya maka ini yang terjadi.

Kerajaan hanya mampu lihat,namun kami yang merasa.

sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

En Nathan dari Mambang Di Awan : Beliau juga merupakan individu yang turut kehilangan ank di dalam tragedi tersebut.Beliau menyatakan sekiranya Yb Siva dan rakan-rakan tidak bertindak membongkar dan menyiasat kes ini pasti mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.Beliau turut mempertikaian mengapa kem tersebut di buat di kawasan hutan dan mengapa ia dibuat berhampiran dengan sungai.Tindakan menyelamat yang turut dikatan lambat merupakan punca salah satu dari punca anak beliau mati.Mungkin mereka ( Kerajaan ) hnya mampu melihat penderitaan kami namun yang melaluinya ialah kami.Beliau mengakhiri ucapannya dengan ucapan penghargaan kepada Pemimpin PR yang selama ini membantu mereka.

Saya Hanya Lihat anak saya 30 saat.

sumbangan disampaikan oleh Dato Seri Ir hj Nizar Jamaluddin

`Saya tidak akan mengulanginya lagi’..!Ia merupakan kata-kata yang keluar dari bapa ketiga mangsa tragedi ini yang mana baru-baru ini beliau menerima surat dari Kem Latihan Khidmat Negara yang memanggil abang sulung mangsa untuk menghadirkan diri dalam program tersebut.Beliau mengatakan cukup sekali beliau kehilangan seorang anak dan ia tidak akan berlaku lagi.Beliau yang mana ketika tragedi itu telah menghantar kedua-dua anaknya ke program Kem 1 Malaysia tersebut.

Diakhir ucapan kesemua mereka ini ialah penghargaan tidak terhingga kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang sudi hadir dan menghulurkan bantuan sejak dari mula hingga kini.Untuk makluman kes ini masih berjalan yang mana saman berjumlah 2.5 juta telah difailkan.Mereka turut mengatakan bahawa jawapan dan keputusan sewajarnya dituntut agar segala persoalan berkaitan hal ini dijawab.

Didalam program ini juga Ds Nizar telah menyampaikan sedikit sumbangan daripada pimpinan PR kepada ketiga-tiga keluarga mangsa dan juga beberapa ahli Unit Amal.

Dato Seri Ir Hj Nizar dan pimpinan Pakatan Rakyat bergambar bersama keluarga mangsa dan anggota unit Amal


Dato Seri Ir Hj Nizar menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ahli unit Amal yang membantu ketika tragedi

0 comments: