Harun Salim Bachik jadi Presiden Seniman kerana isu ROYALTI!

|

oleh Zack

Harun Salim Bachik semalam berjaya ditabalkan sebagai Presiden baru Persatuan Seniman (Seniman) selepas Datuk Mustapha Maarof gagal mempertahankan jawatan tersebut.

Harum Salim Bachik dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Seniman di Pawagam Mini P.Ramlee bagi pemilihan ahli-ahli jawatankuasa penggal 2010/2011 ini.

Ahmad Idham yang sebelum ini Timbalan Presiden juga kalah mengejut kepada Shahriza Mahmud yang sebelum ini hanya Ahli Jawatan Kuasa biasa.

Pengarah Yusof Kelana masih kekal sebagai Setiausaha Kehormat manakala pelakon senior, Zulkifli Ismail dilantik sebagai Penolong Setiausaha yang sebelum ini dipegang oleh pelakon Sabree Fadzil.

Wafa Tan Sri Abdul Kadir pula dilantik sebagai Bendahari untuk penggal ini menggantikan Abu Bakar Omar.

Sementara itu, barisan AJK Seniman pada tahun ini terdiri daripada Faizal Hussein, Zed Zaidi, Jehan Miskin, Serina Redzuawan, Rena Tan, Abbas Bakar dan Wazata Mohd Zin.

Antara manifesto yang dijanjikan Harun Salmim Bachik untuk pemilihan kali ini ialah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan artis dan isu royalti.

Zed Zaidi turut mempunyai manifestonya sendiri sebelum bertanding jawatan Ahli JawatanKuasa iaitu ;

# Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP )
# Insurans ( semasa artis bekerja )
# Wang Deposit yang lebih sistem matic dalam pekerjaan ( mengelakan penipuan )
# Memperjuangkan HAK ARTIS MUDA MALAYSIA ( aktiviti artis muda )
# Menstandardkan bayaran artis mengikut GRED

Lihat di sini untuk baca selanjutnya.

Apa-apa pun tahniah kepada mereka yang terpilih dan jangan lupa untuk melaksanakan apa yang dijanjikan.

P/S : Dunia artis kadang-kadang seperti dunia politik. Tapi baguslah mereka pandai untuk memperjuangkan hak mereka sendiri.

0 comments: