DS Nizar Lancar Perak Darul Kartun Ahad Ini

|

Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik Perak Darul Kartun pada hari Ahad 13 Disember ini, jam 4 petang. Majlis pelancaran akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa yang beralamat di No 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Pelancaran akan dilakukan bersama oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.

SEBUAH LAGI BUKU CULT DARI ZUNAR
PERAK DARUL KARTUN mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com atau hubungi terus pejabat kami 03 22344931.

0 comments: