BTN alat memuaskan nafsu seekor syaitan bernama Mahathir

|

Mahathir Pencetus Salah Guna BTN - Johari Abdul
Oleh Roziyah Mahamad

MAHATHIR merupakan pencetus kepada salah guna yang terdapat dalam modul Biro Tata Negara (BTN) dalam menyebarkan agenda Barisan Nasional ketika era pemerintahannya satu ketika dahulu. Propaganda mengutuk dan menghina pemimpin-pemimpin pembangkang telah disuapkan ke minda peserta agar tertanam perasaan benci terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang yang ada.

"Mahathir sendiri yang telah mewujudkan modul ini, kerana itulah dia tidak bersetuju modul ini dirombak dan mahu ia dikekalkan. Dia adalah pecetus kepada semua ini," jelas Johari Abdul.

Datuk Johari Abdul yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menjelaskan modul yang terdapat dalam BTN telah digunakan oleh Dr Mahathir pada ketika itu sepenuhnya untuk memburukkan pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerana itu beliau langsung tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan dan tidak dirombak.

“Buktinya, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat, hampir semua program BTN yang dijalankan oleh penceramahnya kebanyakkannya mencerca dan memfitnah Anwar sedangkan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dibicarakan dan masih belum ditentukan bersalah,” jelas Johari yang dihubungi wartawan Erapakatan.

Menurutnya, program yang dijalankan telah mengumpulkan semua pemimpin pembangkang dan melebelkan mereka sebagai pengkianat dan orang yang bakal memusnahkan Negara. Fitnah dan cacian sengaja dilemparkan bagi menanam kebencian rakyat terhadap pemimpin pembangkang yang ada.

“Jika dikira sejak tahun 1998 hingga 2 september 2005, sudah berapa banyak fitnah dan cacian yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar? Sedangkan pada ketika itu Anwar masih belum ditentukan kesalahannya. Jadi saya memang tidak terkejut sama sekali dengan kenyataan Dr Mahathir yang mahu modul BTN dikekalkan. Ini kerana dia sudah lama menggunakan modul BTN ini untuk menanam kebencian rakyat kepada Datuk Seri Anwar dan pemimpin-pemimpin lain,” jelas Johari lagi.

Baru-baru ini Dr Mahathir telah memberi kenyataan mahu program BTN dikekalkan kerana bagi beliau modul itu cukup baik dalam memupuk semangat kenegaraan di kalangan rakyat.

Isu kursus anjuran BTN mendapat perhatian ramai apabila kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini melarang kakitangan awam dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri mengikuti kursus berkenaan berkuatkuasa. Hal ini kerana BTN didakwa sebagai proses doktrinisasi oleh Barisan Nasional (BN) hingga mencetuskan fenomena perkauman, memecah-belahkan penduduk pelbagai kaum, agama dan menimbulkan kebencian kepada pembangkang.

0 comments: