Bina Perak di UK? Masalah tak boleh selesai dgn berharap

|

Yang nak dibina rumah di negeri Perak, Malaysia, kenapa sampai ke London perginya. Kesian Zambry, nak buat 'roadshow' macam DS Nizar tak mampu sebab rakyat sendiri naik meluat tengok muka dia. Polis sendiri siap bagi nasihat jangan jumpa rakyat, mungkin takut kena baling dengan selipar agaknya.

Zambry memang bingai, pemalas dan tak tahu buat kerja selain dari mencuri. Ade ke cukup sekadar berharap? Cuba korang fikir, kalau nak kahwin gadis pujaan, bolehkah sekadar berharap? "Oh! Aku berharap gadis itu akan tangkap cintan dan akan kahwin sama aku".

Tukar topik. Sekarang kita namakan gadis itu Tun Perak. Tun Perak asalnya adalah isteri baru kepada Dato' Panglima Putih tapi telah dilarikan oleh Mamak Bendahara Hitam dan diisyhtiharkan secara ragu-ragu menjadi isteri Mamak Bendahara Hitam. Proses penceraian masih belum selesai, mana mungkin Tun Perak boleh kahwin lain. Betul tak? Dato' Panglima Putih dan para pengikutnya pula dah berkali-kali mencabar Mamak Bendahara Hitam supaya beradu di gelanggang. Jangan kata nak beradu, nak tengok muka berdepan pun tak sanggup. Pengecut! Last2 lari balik rumah atau menyorok di Pejabat SUK.

0 comments: