TG Nik Aziz sepatutnya sibuk lawan UMNO!

|

Betapa sakitnya hati kita bila baca banyak cerita tentang apa yang berlaku kepada TG Nik Aziz akhir-akhir ini. Kepada semua pihak, hentikanlah semua ini. Anak menantu TG Nik Aziz juga harus faham. Jangan sekali-kali cuba terlibat dengan pentadbiran Menteri Besar Kelantan kerana apa saja yang berlaku kepada diri anda, ia akan terus dikaitkan dengan TG Nik Aziz. TG Nik Aziz adalah milik penentang-penentang UMNO, TG Nik Aziz adalah panglima yang berada di hadapan dalam bab lawan UMNO. TG Nik Aziz akan lawan UMNO sampai mati.

Kalau nak kritik kesilapan TG Nik Aziz, kritiklah secara berhemah dan mengikut saluran yang betul. Jangan sekali-kali meminta TG Nik Aziz meletak jawatan. IKHLASkan diri dalam setiap langkah anda.

Prof Zulkifli Muhammad:
“Saya perlu memberitahu kepada saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu turunan ialah KEIKHLASAN. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil,mungkin tidak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat. Tetapi kalau keikhlasan yang ada pada kita maka ada harapan cita-cita kita akan dapat kita laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat, sekiranya kita tidak ikhlas kepada apa yang hendak kita perjuangkan.” - Prof Dato' Dr Zulkifli Muhammad, bekas Timbalan Yang Dipertua Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa PAS dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy. Lahir 22 Mac 1927, meninggal 6 Mei 1964

0 comments: