SPR mohon tangguh? Macam pernah ku dengar kes sebegini...

|

Kota Siputeh: SPR mohon penangguhan keputusan
Oleh Magendran Rajagopal

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memohon penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah kosong.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudah pun menetapkan untuk mendengar permohonan SPR Jumaat ini.

"Penasihat undang-undang SPR berkata mahkamah akan mendengar permohonan kita untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan terbabit Jumaat ini.

"Kita minta penangguhan ini bagi memberikan cukup masa untuk SPR membuat rayuan," katanya ketika dihubungi petang tadi.

Bagaimanapun, Abdul Aziz berkata berikutan keputusan mahkamah itu, penyandang kerusi itu daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hasan Sarif, tidak boleh menghadiri sidang DUN yang bermula esok sehingga mahkamah memutuskan rayuan.

~ KOMEN: Sila baca Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak

1 comments:

zalis said...

Biassa lah tu. pendidikan tinggi, belajar tinggi tapi kurang ajar lagi tinggi ... banggangnya super tinggi... pembodeknya ultra tinggi. dah mahkamah putuskan kosong dia nak lawan juga. apa taknya dah dapat tan sri kenalah bodek kuat-kuat kalu tak akan dipencenkan pulak. padanla tu dengan tpm nya sama-sama bangang. nak tunjuk pandai, nak tunjuk kuasa punya pasal tak nak faham keputusan mahkamah. bongkak sungguh puak-puak taghut ni. tapi yang paling ironiknya orang melayu ubn suka orang bodoh jadi pemimpin mereka.... dulu kini dan selamanya. bukan salah ibu mengandung.