Sejarah Pakatan Rakyat dimulakan DS Nizar di negeri Perak

|

Dari blog Sisi Bukit

Pemilihan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak sekaligus memperlihatkan ketokohan dan kewibawaannya diiktiraf dan disanjung oleh pimpinan Pakatan Rakyat daripada DAP dan PKR. Memang pilihannya sebagai orang nombor 1 Pakatan Rakyat Perak kena pada tempatnya, ini kerana karismenya sebagai pemimpin kian terserlah sejak rampasan kuasa yang dilakukan BN pada Februari lalu.

Nizar yang membawa imej seorang profesional PAS telah dikagumi oleh orang bukan Islam khususnya masyarakat Cina dan India, sekaligus imej beliau semasa menjadi Menteri Besar Perak telah disenang oleh rakyat bukan Islam.

Sebelum ini imej PAS dilihat tidak begitu menyenanglan mereka, ini dilahirkan sendiri Pengerusio DAP Perak, Dato' Nge Kor Ham semasa berucap di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak pada 31 Oktober lalu.
Justify Full
Menurut Nge ketika Nizar dicalonkan sebagai Menteri Besar dari PAS penyokong-penyokong DAP khususnya dari kalangan masyarakat Cina dan India menentang keras pencalonan ini. Malah pimpinan DAP Pusat dan Negeri mendapat tekanan dari penyokong-penyokongnya. .

Menurut Ngeh, sebelum ini masyarakat Cina dan India sering diberi gambaran oleh media bahawa PAS dan pimpinannya ekstrim, pelampau agama, anti Cina dan sebagainya.

Mereka mengundi PAS ketika itu bukan bermakna mereka mahu PAS memimpin kerajaan lebih-lebih lagi menjadi Menteri Besar.

Pimpinan DAP Perak yang telah lama berkawan dengan pimpinan PAS sejak Ustaz Sabran Asmawi sebagai Pesuruhjaya PAS semasa sama-sama menjadi pembangkang di DUN Perak 1999, memberikan sedikit keyakinan penyokong-penyokongnya bahawa PAS dan pimpinannya tidak sebagaimana yang digambarkan oleh media.

Apabila Perak diterajui oleh Ir Nizar sebagai Menteri Besar, dengan sikap Nizar dan seluruh Adun dan pimpinan PAS Perak yang begitu toleransi terhadap kaum lain, akhirnya masyarakat Cina dan India menerima PAS sebagai rakan yang boleh dipercayai bagi menerajui negeri Perak. Mereka selesa dengan cara PAS memimpin dan mentadbir negeri Perak..

Sedikit sebanyak watak dan perwatakan Nizar sebagai Menteri Besar Perak telah meredakan kegelisahan dan kebimbangan bukan Islam tergadap PAS. Hakikat ini tidak siapa boleh menafikan. Ini disokong lagi dengan kebolehan Nizar bertutur dalam Bahasa Cina dan India menyebabkan beliau mendapat perhatian dan sanjungan dari masyarakat Cina dan India.

Nizar sebenarnya berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak..Pandangan tersebut dikemukakan pensyarah politik dari Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali.

"Pakatan Rakyat perlu ada pemimpin pelapis yang boleh diterima semua kaum dan parti," kata Amer .

"Kebolehan beliau berkomunikasi dengan baik dengan kaum Cina terutamanya menjadikan Nizar individu yang boleh berperanan sebagai penyatu dalam Pakatan Rakyat," kata Amer mengulas kelebihan yang dimiliki Nizar. harakah

0 comments: