Rakyat lebih untung bila tolak UMNO

|

JITRA 15 Nov. - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) memerlukan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion untuk menaik taraf infrastruktur dan sistem pengairannya yang berusia lebih 30 tahun, sekali gus mengelakkan pesawah terus mengalami kerugian setiap kali banjir.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom berkata, peruntukan itu termasuk melibatkan cadangan pembinaan 'lebuh raya air' untuk mengatasi masalah banjir selain penyelenggaraan infrastruktur agar hasil pengeluaran padi dapat ditingkatkan.

Beliau berkata, pihaknya akan membentangkan cadangan berkenaan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri pada penghujung tahun ini untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

"Kedah telah mempunyai pelbagai pembangunan. Sebagai negeri jelapang padi, kita kini mahu peruntukan bagi meningkatkan infrastruktur dan sistem pengairan untuk mengatasi banjir dan masalah-masalah berkaitan pertanian.

''Peruntukan itu sangat kritikal kerana petani MADA mengalami kerugian besar setiap kali banjir melanda," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama pesawah yang terlibat dengan banjir di Kampung Budi, Teluk Malik di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar MADA, Datuk Rahim Salleh dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) lembaga tersebut, Ahmad Radin.

Mohd. Johari yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri berkata, cadangan projek berkenaan tidak boleh dilaksanakan sekali gus, tetapi secara berperingkat mengikut pakej-pakej tertentu kerana ia memerlukan kos tinggi dan perancangan yang rapi.

Menurut beliau, sistem pengairan dan saliran di kawasan MADA kini sudah uzur kerana telah lama digunakan iaitu sejak tahun 70-an, bahkan infrastruktur juga jauh ketinggalan daripada kawasan jelapang padi lain di negara ini.

Justeru katanya, sebagai negeri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pengeluaran beras negara, tindakan jangka masa panjang perlu dilaksanakan bagi memastikan Kedah terus unggul sebagai negeri pertanian.

"Kita harap kerajaan mengkaji semula kerana selagi cadangan itu tidak dilaksanakan, masalah banjir dan masalah-masalah lain yang menjejaskan pertanian serta penduduk tidak akan berakhir," katanya.

1 comments:

zalis said...

SETUJU..AMAT SETUJU. Tetapi masih ramai lagi yang tak sedar dan tak mau sedar lebih-lebih lagi orang melayu yang menyokong ubn ni. namun kita jangan gusar.. kita kena terima mereka ini adalah diantara golongan yang tidak diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah S.W.T. walaupun kebenaran didepan mata, mereka buta, tetap memilih yang bathil. sebaik-baiknya kita sama-sama berdoa semoga Allah S.W.T akan melimpahkan hidayahNya kepada mereka ini supaya mereka sedar akan kesilapan mereka yang akhirnya akan menjadi fitnah besar dimahkamah Allah S.W.T. nanti. Fitnah akhir zaman ni hanya orang-orang yang terpilih sahaja diselamatkan oleh Allah. Kita kena berusaha dan berdoa semoga kita, keluarga kita dan sahabat-sahabat kita turut terselamat dari fitnah ini. namun kita harus ingat sebesar-besar fitnah nanti adalah fitnah al-masih al-dajjal. dan fitnah yang dibawa oleh puka-puak taghut ini adalah sama konsepnya dengan fitnah yang dibawa oleh al-dajjal itu, iaitu dengan menawarkan kemewahan, pangkat, sanjungan, pujian untuk mendapat sokongan dan pengikut supaya sama-sama sesat dari jalan kebenaran.