SK Sri Perak:Posing baguih cikgu2 sekolah dgn background pelik!

|

Sasterawan negara jengah sendiri sekolah Sri Perak
KUALA LUMPUR, 21 Nov: Nasib 204 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Sri Perak, Bandar Baru Sentul yang masih meneruskan persekolahan mereka di bawah rumah pangsa 17 tingkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), mendapat perhatian Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said semalam.

Selasa lalu, Samad yang lebih dikenali sebagai Pak Samad turun padang untuk melihat dari dekat suasana sekolah itu setelah membaca pendedahannya dari Harakah. Beliau diiringi pengerusi dan setiausaha Lajnah Peneroka Bandar PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin dan Tarmizi Mohd Jam, Setiausaha Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) Husni Abas dan beberapa Exco PAS Kawasan Batu.

Mereka sempat bertanya khabar dari beberapa guru di sekolah itu dan meninjau persekitaran yang kurang selesa yang tidak mencerminkan ia sebagai sebuah sekolah bantuan penuh kerajaan. Ketika kunjungan, semua pelajar dan guru sedang bersiap untuk latihan menyambut Hari Anugerah Pelajar.

Pak Samad melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan nasib pelajar Melayu di sekolah itu, seolah-olah tanpa pembelaan untuk mendapatkan sekolah yang baru dan selesa. Beliau melihat sendiri keadaan yang tidak selesa, sesak, bising dan mempersoalkan tahap keselamatan sekolah tersebut, baik di dalam bangunan mahupun di luar.

"Kami tidak sempat berjumpa dengan guru besar. Begitu juga penolong guru besar. Kami hanya sempat bercakap dengan guru biasa di pejabat. Dia memang tidak boleh beri apa-apa ulasan. Itu kita tahu," katanya ketika ditemui sejurus melawat pejabat sekolah berkenaan.

Menurut Pak Samad, masalah sekolah ini wajar diambil perhatian yang serius oleh Kementerian Pelajaran memandangkan ia sudah lebih 20 tahun beroperasi.

Sebagai budayawan, mereka harus mengambil berat masalah ini kerana ia membabitkan orang Melayu tambahan pula para pelajar dan ibubapa mereka ini adalah rakyat yang bermaruah di negara ini.

"Kalau betul konsep 'rakyat didahulukan,' inilah masanya. Rakyat kena didahulukan. Kecuali mereka (kerajaan) tidak merasakan pelajar-pelajar di sini adalah rakyat. Kalau mereka rasa, pelajar ini adalah rakyat, kenalah rakyat di dahulukan," tegas beliau.

Kata Pak Samad, budayawan cuma datang untuk berbincang dan mengingatkan dan memberi kesedaran kepada pihak yang bertangungjawab bahawa masalah sekolah ini adalah isu besar dan tidak patut dibiarkan berlarutan hingga lebih 20 tahun sekolah di bawah flat.

"Kalau ada aliran lain, politik masuk (kawasan sekolah), budayawan masuk menunjukkan perhatian kita terhadap masalah ini amat besar, cukup serius" katanya.

5 comments:

Ijam said...

kat cni la saya membesar..
hahaha..x penah saya mengecilkan skola nih..
kat cni la saya blaja bnyk pekara..

tq bnyk2 kat cikgu2 and skola ni..

dbsk said...

aq dulu skol cni do...x suke arh org kutuk2 skol ni..bg aq skol seri perak ni arh skol the best dlam hidup aq aw..aq bangga skol cni..thankz byak kpd ckgu2 yang prnah ajar aq dlu..ckgu mastura,ckgu rashidi..ramai lg la ckgu yang ajar aq dlu...
i love sek.keb.seri perak KL...
HUHU90...!!!

Skool said...

Samela dgn saya..saya berterima kasih byk2 kepada Cikgu2 yang byk berjasa dalam mengajar anak2 kecil belajar. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapt mendapat pendidikan yang sempurna. Mmmg kalau tengok sekolah bawah flat orang pandang rendah tapi disini juga adalah sekolah, tempt menimba ilmu..

Animb Azman said...

huh...bia ape org nk ckp..stp kali kwn kwn n sedara mara aku dtg je umah aku..dgn bangganya aku cakap...nila sekolah kitorang..syokkkk xd pagar sekolah..best..rare x..nilah satunya sekolah yg ade kt malysia ni tau bwh flat..n plg pnting berapa ramai murid dia yg da berjaya tau..huh..i love sek.keb.seri.perak..belajar demi masa depan..tekun usaha..rajin dan tabah..berdoa agar berjaya..huhu nyanyi plak...

Putra Irfan said...

Skarang dah ade skolah baru