Majlis Perbandaran Sg Petani perlu dipecah dua (Utara & Selatan)

|

Komplain Untuk MPSP... jangan la dok buat lepas pandang
ghimau said...

Aku pernah pi taman kat Guaq Chempedak, kalau Tak silap Taman Lambaian Jerai/Taman Lambaian Jerai Indah (tapi x indah tera mana pun, indah khabar dr rupa yalah kot...).

Tpt buang sampah teruk gila!!! Melimpah ruah, naik loya tekak aku... Suasana tepi jalan besaq penuh dgn lalang & semak samun... Tak reti nak make-up kaa.. kalau tengok taman2 kat Sg.Petani sana boleh dikatan ada pokok bunga di tanamnya bagi segak...

Yang peliknya, taman ni diselia MPSP (Majlis Perbandaran Sungai Petani)...itu aku ambik contoh Taman kat Sg petani...Longkang dia boleh dikatakan penoh dengan rumput...lepas tu panjang2 pulak tuu.... Penduduk tmn tu x bayaq cukai pintu kot...itu pasai MPSP buat tak pedulik...

Ataupon mungkin disebabkan taman nie dok di hujung dunia dari peta MPSP jadi pakat dok terlepas pandang laa kot...

Taman sblm tu pula memang terjaga & ianya diselia MDY (Majlis Daerah Yan), landskap sepanjang jlnnya pun menarik. Maaf aku x tau nama tmn tu rasanya MADISYAK lbh arif tentang taman sekitar Guaq ni...

Harap pihak2 yg berkenaan spt MKK, JKK (tak kiralah JKKP/JKKN) jengok2lah sikit taman perumahan ni... Semoga penduduknya sejahtera spt mana slogan keramat, "KEDAH SEJAHTERA".

Maaf andai ada yang terasa...

0 comments: