Lepas jambatan gantung, tembok SUK Perak pulak runtuh!

|


JENGKAUT JKR membersihkan runtuhan tembok pagar Bangunan SUK Perak di Ipoh, malam tadi.

IPOH: Tembok Bangunan Perak Darul Ridzuan yang turut dikenali sebagai Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, runtuh selepas hujan lebat malam tadi menyebabkan sebahagian Jalan Istana di sini ditutup kepada lalu lintas.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam itu bagaimanapun tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim, berkata sebahagian tembok sepanjang kira-kira 24 meter dan setinggi 2 meter itu dipercayai runtuh akibat tekanan air.

Bercakap kepada pemberita ketika meninjau kerja-kerja pembersihan yang dijalankan Jabatan Kerja Raya (JKR), beliau berkata, siasatan awal mendapati, longkang di sebelah tembok berkenaan tersumbat dan air yang bertakung menolak tembok itu.

Kerugian dianggarkan RM10,000, katanya.

Bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Dewan Undangan Negeri Perak itu dirasmikan pada 2000. - Bernama

3 comments:

sisibukit said...

Hebat dari jauh dah sensitif sama Perak.

Nanti buat cerita durian Bukit Gantang mewah rezki rakyat pilih DS Nizar .

no2umno said...

he heh kerugian dianggaran rm 10 ribu,tapi ke`jaan kartun akan berjaya mengeluarkan tender membaikpulih tembok tidak kurang dari 100ribu...

no2umno said...

ambil cerita durian dari blog ana..