Gara2 UMNO tak buat undang Islam, rakyat jadi Judge Dredd

|

KUALA LUMPUR - Seorang eksekutif pemasaran menjadi tidak menentu selepas mengejar dan melanggar seorang peragut sehingga tercampak sebelum mati di Padang Golf Titiwangsa Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini semalam.

Kejadian pukul 12 malam itu berlaku apabila wanita berusia 28 tahun yang menaiki kereta Perodua Myvi mengejar suspek yang menunggang motosikal selepas telefon bimbit dan beg tangannya diragut di Jalan Pahang di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, sebelum kejadian itu, suspek berusia 29 tahun dari Taman Permai, Negeri Sembilan itu telah menahan kereta mangsa kerana mendakwa wanita tersebut telah melanggarnya.

"Suspek telah meminta telefon bimbit wanita tersebut kononnya hendak menghubungi seorang saksi yang melihat kejadian itu.

"Selepas mengambil telefon tersebut, suspek kemudiannya telah merampas beg tangan wanita itu yang diletakkan di atas paha sebelum melarikan diri.

"Mangsa yang sakit hati telah mengejar suspek hingga sampai ke jalan mati di kawasan Taman Tasik Titiwangsa,'' katanya di sini semalam.

Tambahnya, mangsa kemudiannya telah melanggar motosikal suspek hingga menyebabkan lelaki itu tercampak lalu tersangkut pada pagar besi padang golf tersebut sebelum mati.

0 comments: