UMNO: Beza burger tepi jalan dengan BigMac (YB Isa Samad)

|

Bekas Setiausaha UMNO bahagian dituduh rasuah
KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha UMNO Bahagian Wangsa Maju didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada Ketua Cawangan UMNO Taman Melati supaya dicalonkan bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa bahagian itu pada tahun lalu.

Ramli Abdul Manan (gambar), 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin.

Ramli didakwa memberi rasuah RM1,000 kepada Amir Saad sebagai dorongan mencalonkan dirinya untuk layak bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa di peringkat bahagian itu.

Perbuatan tersebut dilakukan di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Taman Melati Kawasan 8, Setapak di sini pada pukul 9 malam, 5 Ogos 2008.

Bagi kesalahan itu, Ramli dituduh mengikut Seksyen 10(b)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Syafinas Shabudin menawarkan tertuduh jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula kes.

0 comments: