KD Sri Inderapura: Beli RM53 juta, repair RM54.4 juta!

|

Bro Syahril kata:

disebabkan kebakaran yang terjadi terlalu besar, akhirnya TLDM mengumumkan KD Sri Inderapura tidak dapat digunakan lagi buat selama-lamanya

untuk makluman, KD Sri Inderapura asalnya merupakan sebuah kapal perang ’second-hand’ milik Amerika Syarikat yang telah diguna selama 25 tahun oleh negara tersebut dan dibeli oleh Malaysia dengan harga RM53 juta

kerajaan pernah membaik pulih kapal tersebut dengan harga RM54.4 juta yang dilakukan di Limbungan di Johor pada 2 Februari 2000

dari segi sejarah, KD Inderapura siap dibina pada 7 Februari 1970 di National Steel & Ship Buliding di San Diego, California dan dilancarkan pada 7 November 1970 atas nama USS Button Buck County LST 1192 sebelum dibeli oleh Kementerian Pertahanan di bawah satu program dikenali sebagai’ Security Assistant Program’

KD Sri Inderapura terbakar


KEADAAN kapal KD Sri Inderapura selepas terbakar di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak semalam.

LUMUT - Kapal Diraja (KD) Sri Inderapura yang merupakan kapal pengangkut terbesar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbakar ketika berlabuh di Pangkalan TLDM di sini semalam.

Kebakaran pada pukul 6 pagi itu telah memusnahkan sebahagian kapal tersebut terutama bahagian pejabat dan bilik stor di dalam perut kapal itu.

Satu kenyataan dikeluarkan Unit Perhubungan Awam TLDM di sini semalam berkata, kapal tersebut mempunyai 77 anggota termasuk enam pegawai TLDM yang bertugas di dalam kapal tersebut.

"Lima jentera Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan dan Manjung dengan kekuatan lebih 100 anggota telah ditugaskan memadam kebakaran.

"Turut membantu pasukan bomba TLDM, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia (APMM), Boustead Naval Shipyard dan bot tunda awam," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dalam kejadian yang belum diketahui punca kebakaran itu.

0 comments: