Mampukah Pengarah Sumber Manusia syarikat sampah lawan DS Ir Nizar?

|

Ni calon UMNO di Bukit Gantang:

Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Bukit Gantang Ismail Saffian diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman berkenaan pada majlis pemimpin bersama rakyat yang berlangsung di Taman Kota Jaya, Simpang, dekat sini hari ini.

Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Di laman web Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara ialah http://www.sisa.my/demo/ anda akan lihat gambar bawah ni:



Sisa Pepejal


Definisi Sisa Pepejal

Berdasarkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) “sisa pepejal” termasuklah:-



  • Apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;
  • Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak; atau
  • Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan.


Sisa Pepejal
Calon UMNO tu rupanya kerja dgn perbadanan yg baru ditubuhkan pada tahun lepas:

LATAR BELAKANG

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam atau lebih dikenali sebagai PPSPPA telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan secara rasminya pada 1 Jun 2008.

Penubuhan PPSPPA adalah bertujuan untuk memberikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang lebih efisien, bersepadu disamping memberikan kepuasan yang lebih baik kepada pengguna.

Sebelum ini, pengurusan sisa pepejal (PSP) dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan syarikat konsesi. Disebabkan tiada garis panduan yang spesifik dan seragam dalam PSP, ia telah membawa kepada ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh PBT. Maka, kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan menubuhkan PPSPPA dibawah Akta 673 untuk mengatasi masalah ini.

Ni bidang kerja dia (entah betul atau tidak sebab takde pun jawatan Pengarah Sumber Manusia kat lama web tu):

BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Menguruskan hal-hal pentadbiran am pejabat.
Memastikan khidmat sokongan untuk sistem penyuratan, sistem fail dan urusan kenderaan untuk kegunaan rasmi Jabatan.
Bertanggungjawab ke atas pengurusan aset/fasiliti PSP.
Menguruskan penyelenggaraan inventori pejabat.
Bertanggungjawab ke atas keselamatan premis pejabat.

Fungsi unit di bawah Bahagian Sumber Manusia :-

Unit Perjawatan
1. Perancangan Tenaga Manusia dan bajet perjawatan.
2. Menguruskan semua urusan pengambilan dan perlantikan anggota baru.
- Menyemak kekosongan jawatan berdasarkan waran perjawatan yang diluluskan.
- Mengiklankan kekosongan jawatan untuk urusan pengambilan.
- Membuat senarai pendek calon untuk dipanggil temu duga.
- Membuat panggilan dan mengatur urusan tenmu duga.
- Membuat surat tawaran kepada calon yang berjaya / tidak berjaya.
3. Menguruskan penetapan gaji permulaan anggota baru / naik pangkat.
4. Menguruskan penempatan pegawai baru dan pertukaran pegawai dalaman / luar ibu pejabat.
5. Menguruskan pengesahan lantikan pegawai baru.
6. Menguruskan dan mengemas kini rekod / data perjawatan PPSPPA.

Unit Perkhidmatan
1. Menguruskan pengesahan dalam jawatan dan urusan kemasukan skim pencen pegawai baru.
2. Menguruskan hal ehwal berkaitan Laporan Perubahan (kew-8) bagi semua anggota PPSPPA.
3. Menguruskan semua jenis cuti dan GCR serta penyelenggaraan rekod cuti.
4. Menguruskan / mengemas kini Buku Rekod Perkhidmatan semua pegawai PPSPPA.
5. Menguruskan persaraan pegawai.
6. Menguruskan sistem HRMIS dalam proses mengemaskini rekod peribadi anggota.

Unit Naik Pangkat dan Tatatertib
1. Menguruskan proses kenaikan pangkat dan pemangkuan.
2. menguruskan proses tanggung kerja.
3. menguruskan Sasaran Kerja Tahunan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan serta Urus setia kepada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang.
4. Menguruskan Laporan Pengisytiharan Harta bagi semua pegawai PPSPPA.
5. Menguruskan prosiding dan kes-kes tatatertib semua pegawai PPSPPA.

Unit Latihan dan Kompetensi
1. Menguruskan Analisis Keperluan Latihan (TNA) bagi pegawai PPSPPA.
2. Menyediakan kalendar latihan tahunan PPSPPA.
3. Mereka bentuk (design) latihan yang diasaskan kepada 3 elemen utama (Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap).
4. Menyediakan modul latihan dan senarai kepakaran untuk menjadi penderamah kursus.
5. Menguruskan latihan wajib (Kursus Orientasi, Kursus Induksi, dan Kursus Biro Tatanegara).
6. Menguruskan Latihan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
7. Urus setia kepada Panel Pembangunan Sumber Manusia (PBSM) PPSPPA.
8. Menguruskan peperiksaan jabatan untuk tujuan pengesahan dalam jawatan.
9. Menguruskan peperiksaan Penilain Tahap Kecekapan (PTK).
10. Menguruskan Bank Soalan.
11. Urus setia kepada Jawatankuasa Peperiksaan peringkat PPSPPA.

Unit Pentadbiran
1. Menguruskan prasarana, kelengkapan pegawai baru yang ditempatkan di Ibu Pejabat PPSPPA. (bilik, Tag Nama, kad kedatangan, komputer, parking dan lain-lain).
2. Menguruskan dan menyimpan semua pekeliling / surat pekeliling dari Agensi Pusat Pekeliling KPKT, PPSPPA.
3. Menguruskan Panel Klinik yang dilantik PPSPPA dan surat pengesahan majikan untuk hospital kerajaan.
4. Menguruskan hal berkaitan keselamatan dan keceriaan pejabat.
5. Menguruskan sistem fail dan surat-menyurat pejabat.
6. Menguruskan pencalonan anggota bagi anugerah pingat, darjah kebesaran persekutuan / negeri.
7. Menguruskan tempahan dan penyelenggaraan kereta pejabat PPSPPA.
8. Menguruskan tempahan dan minuman bilik mesyuarat.
9. Menguruskan stor pejabat (inventori dan aset).
10. Pusat Sumber.


0 comments: