Kisah benar sorang guru dan kisah sedih anak-anak murid melayu yg UMNO tak pandang

|

dari Brahim Nyior

apa tak ke kantin?" aku mengulang tanya dalam hala yang lain, berharap dia membuka mulut.

"Tak apalah cikgu, saya dah kenyang," katanya perlahan sambil menundukkan kepala, tapi penuh bermakna. Kakinya digoyang-goyangkan perlahan. Mungkin untuk mengurangkan rasa takut bercakap denganku.

Dah kenyang? Mana mungkin dia kenyang kalau belum makan. Rehat baru bermula. Pasti dia menghadapi masalah untuk belajar kalau perutnya kosong.

"Pergilah makan," kataku sambil mengunjukkan RM2.

Dia malu-malu. Segan. Matanya memandang ke arahku, sambil meleret ke arah wang yang kuunjukkan. Wajah ayunya bertudung menyebabkan aku rasa makin terharu. Dia tidak terlalu bijak, tapi muridku ini berpotensi dalam pelajaran.

"Tak apalah, cikgu." Dia masih malu-malu menerima pemberian yang tak seberapa itu.

"Ambillah, kamu pergi makan. Nanti kalau masuk angin, susah nak belajar," aku memujuknya.

Wang yang kuberi itu diambilnya dengan penuh santun.

"Terima kasih, cikgu."Katanya penuh tertib.

Aku menyuruhnya segera ke kantin sebelum tamat masa rehat.

Dari kejauhan, aku melihat riak wajahnya yang muram tadi, bertukar girang.

Muridku itu adalah anak kampung yang lahir dalam keluarga yang cukup sederhana. Siapa pun mungkin tak peduli akan nasibnya, jika dia tidak cuba keluar daripada ruang yang melingkunginya.

Siapa pun tidak mengenali Nik Nur Madihah, jika dia bukan pelajar cemerlang SPM 2008. Begitulah, sebahagian daripada drama realiti dalam masyarakat kita. Bukan semua orang mempunyai kekayaan melimpah ruah. Anak nelayan, pekebun getah, yang tinggal di kampung dan pedalaman, masih ada yang dihimpit kemiskinan. Tapi, ada sebahagian mereka masih mampu berjaya, asal ada kesungguhan dan iltizam.

0 comments: