Massacre in Gaza

|

Here are some of the pictures of the genocide currently taking place in Palestine. Please forward this to as many people as possible and ask Allah that He brings relief to the people of Gaza.

Kekuatan persenjataan Israel hanya lakonan untuk menutup sikap pengecut mereka

|

Di dalam kereta-kereta kebal inilah tentera-tentera yahudi disembelih oleh pejuang Hizbullah. Mereka tidak akan berani bertempur secara berdepan kerana takut perkara yang sama yang berlaku di Lubnan akan berulang.

Israeli soldiers stands near tanks at a staging area just outside the northern Gaza Strip December 29, 2008. Israeli aircraft destroyed a bastion of Hamas's rule over the Gaza Strip on Monday, the third day of an offensive that has killed more than 300 Palestinians in the deadliest violence in the territory in decades.  REUTERS/Baz Ratner (ISRAEL)

Israeli soldiers stands near tanks at a staging area just outside the northern Gaza Strip December 29, 2008. Israeli aircraft destroyed a bastion of Hamas's rule over the Gaza Strip on Monday, the third day of an offensive that has killed more than 300 Palestinians in the deadliest violence in the territory in decades. REUTERS/Baz Ratner (ISRAEL)

Israeli soldiers hang a national flag on the antenna of their tank at a staging area just outside the northern Gaza Strip December 29, 2008. Israeli aircraft destroyed a bastion of Hamas's rule over the Gaza Strip on Monday, the third day of an offensive that has killed more than 300 Palestinians in the deadliest violence in the territory in decades.  REUTERS/Baz Ratner (ISRAEL)

Israeli soldiers hang a national flag on the antenna of their tank at a staging area just outside the northern Gaza Strip December 29, 2008. Israeli aircraft destroyed a bastion of Hamas's rule over the Gaza Strip on Monday, the third day of an offensive that has killed more than 300 Palestinians in the deadliest violence in the territory in decades. REUTERS/Baz Ratner (ISRAEL)

Kereta kebal Israel memenuhi Tebing Gaza

GAZA CITY: Kereta kebal tentera Israel dilapor memenuhi sempadan Gaza dengan pesawat pejuang berlegar-legar di kawasan sasaran Hamas yang padat penduduk, hari ini.

Berpuluh kereta kebal dan kereta perisai memenuhi kawasan strategik berhampiran sempadan selepas Israel memberi amaran akan melancarkan serangan darat besar-besaran selepas ini.

Hamas pula memberitahu akan bertindak balas untuk melancarkan serangan bom dan tembakan roket ke arah Israel berdekatan sebuah pelabuhan kedua terbesarnya iaitu Ashdod.

Johari Baharom gembira UMNO dapat lubang curi duit

|

Kerajaan Pusat Kendali Tabung Bencana Alam Kedah
31 Disember, 2008 16:10 PM

ALOR STAR, 31 Dis (Bernama) -- Kerajaan pusat bersetuju menyediakan peruntukan khas RM10 juta bagi Tabung Bencana Alam negeri Kedah yang akan diurus selia oleh agensi kerajaan persekutuan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharom berkata tabung itu bertujuan membantu rakyat yang mengalami kesusahan jika berlaku bencana alam seperti ribut dan banjir.

"Biasanya tabung bencana alam tahap satu dan tahap dua dikendalikan oleh kerajaan negeri tetapi disebabkan kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai tabung seumpama itu, kerajaan persekutuan bersetuju untuk menyalurkan dana peruntukan itu menerusi jabatan atau agensi kerajaan persekutuan seperti Majlis Keselamatan Negeri", katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Tabung Bencana Alam tahap tiga yang bertujuan membantu mangsa bencana alam serius dikendali oleh kerajaan pusat.

Johari, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah berkata, dengan wujudnya tabung bencana alam itu, wakil rakyat dari Barisan Nasional dapat menyalurkan bantuan segera kepada mangsa-mangsa bencana alam tanpa mengira fahaman politik.

-- BERNAMA

Tokoh Ma'al Hijrah: Islam Hadhari sesat dan menyesatkan

|

ISLAM HADHARI SESAT!!! SHEIKH DR WAHBAH ZUHAILI
Thursday, June 26, 2008

“Islam Hadhari di Malaysia, Hazaa Dhalal, Wa Yudhil (ianya sesat dan menyesatkan)”. Itulah ulasan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili dalam pertemuan dengan Group UM dan Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) semalam di Jame Quaiti (Jame Othman) Damsyik.

Pertemuan itu diatur khas untuk beramah mesra dan berdiskusi dengan sheikh khususnya bagi membincangkan suasana umat Islam di Malaysia. Namun belum sempat soalan dikemukakan, Sheikh Wahbah terlebih dahulu mengulas tentang Islam Hadhari. Beliau berpesan kepada kami supaya memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu agama. Ini sebagai persiapan diri untuk perjuangkan Islam dan berhadapan dengan banyak kesesatan di zaman sekarang.

Menurut Sheikh, di Malaysia ada Islam Hadhari. “Islam Hadhari ini sesat dan ia menyesatkan satu dunia. Ia merosakkan umat Islam.” Terpaku penulis mendengar kata-kata tersebut.

“Islam Hadhari hanya disukai oleh Amerika sahaja, kerana ia bercanggah dengan Islam yang sebenar (hakiki),” jelas Sheikh Wahbah lagi.

Menurutnya, ketika menghadiri muktamar Alumni Al Azhar di Malaysia tempoh hari, Perdana Menteri asyik bercakap soal Islam Hadhari. Namun ketika itu, beliau tidak mendapat kesempatan yang sesuai untuk menjawabnya. Namun hari ini beliau dengan tegas menyatakan bahawa Islam Hadhari bukan daripada Islam yang sebenar.

“Hanya Amerika yang suka Islam Hadhari”, jelas Sheikh Wahbah kepada penulis.
Kenyataan beliau ini jelas membawa maksud, bahawa Perdana Menteri Abdullah Badawi berbohong apabila menyatakan Islam Hadhari diterima Ulama dunia seperti Sheikh Wahbah Zuhaili, Al Butti dan lain-lain. Malah perhimpunan Alumni Al Azhar yang dijadikan gelanggang untuk menunjukkan kerajaan BN lebih Islam dan disokong Ulama dunia hanyalah sandiwara.

Tidak sangka seorang Perdana Menteri bukan sahaja membohong rakyat jahil tentang Islam Hadhari yang dibawanya, malah sanggup berdusta di hadapan ilman-ilmuan Islam atau ulama-ulama dunia.

Keduanya beliau juga menyelar kumpulan Quraniyun yang dikatakan wujud di Malaysia. Kumpulan ini kononnya hanya berpegang kepada Al Quran sahaja dan menolak Hadis. Menurut beliau sebagai orang Islam, kita wajib berpegang dengan kedua-duanya. Jelas di dalam Al Quran Allah menyeru orang beriman supaya taat kepada Allah dan Rasul.

Himpunan bantah kekejaman Israel: Mana pergi semua hero UMNO?

|

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir/ Wan Zahari
Tue | Dec 30, 08 | 1:45:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

ImageHimpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

ImageMereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

ImageTindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

ImageJusteru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya._

Dah keluar Umno ini lagi senanglah... ada lagi cerita kapal selam rupanya!!!

|

Bekas Ketua Umno Bahagian PJS turut akui banyak penipuan dalam Umno

Bekas Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Zahar Hashim, akan mendedahkan satu salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam.

Menurut beliau dalam satu wawancara bersama Suara Keadilan, keputusan beliau untuk tidak lagi bersama Umno dijadikan akses untuk beliau mendedahkan kepada umum mengenai skandal-skandal Umno.

“Dah keluar Umno ini lagi senanglah. Saya baru sahaja terima salinan dokumen yang ditandatangani oleh salah seorang bekas pegawai tertinggi TLDM (Tentera Laut DiRaja Malaysia) berkenaan pembelian sebuah lagi kapal selam. Saya rasa keputusan pembeliannya sudahpun dibuat atau diperingkat akhir perbincangan. Saya akan dedahkan semua ini tidak lama lagi,” katanya apabila ditanya Adakah lagi skandal berkaitan Najib dan Kementerian Pertahanan yang akan beliau dedahkan. Suara Keadilan Online

Jenama pelik arak-arak buatan Malaysia pasca zaman Islam Hadhari

|



Why Khairy Jamaluddin admits that he is out of the cage?

|

Please click on the picture to go to his blog...


This one is just for fun.

Goodbye scumbag, may you rot in hell...

|

Rashid mahu saman pembangkang
PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menamatkan perkhidmatannya semalam menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa anggota parti pembangkang yang menyerang peribadi beliau.

Menurutnya, beliau mempunyai maklumat dan bukti untuk diserahkan kepada peguamnya.

“Saya tidak mahu menyaman ahli-ahli politik berkenaan sebelum ini kerana tidak mahu mengheret SPR sama.

“Memandangkan saya sudah bersara dan kini bebas, saya sedang menimbang menyaman mereka yang banyak berbohong dan memburukkan nama saya,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah tapak bangunan ibu pejabat SPR yang baru di Presint 2 di sini semalam.

Bangunan berbentuk peti undi itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun setengah dengan kos pembinaan antara RM70 juta dan RM80 juta.

Pada masa yang sama, beliau meminta kerajaan mengkaji kemungkinan memberi kuasa autonomi kepada badan itu untuk mengawal sepenuhnya perjalanan pilihan raya.

“Orang asyik menuduh SPR tiada gigi, SPR nak ambil tindakan tetapi undang-undang sedia ada tidak membolehkannya untuk mengambil tindakan.

“Undang-undang ada tetapi SPR tidak boleh bertindak sedemikian rupa yang boleh memuaskan hati semua pihak,” jelasnya.

Bekas Setiausaha SPR itu yang amat sinonim dengan perjalanan pilihan raya negara ini dan pernah mengendalikan tujuh pilihan raya umum berkata, SPR harus menjadi badan yang dibenarkan mengawal media semasa tempoh pilihan raya khususnya dalam menetapkan apa yang boleh dan yang tidak boleh disiarkan dalam tempoh itu.

UMNO memang tak boleh diharap, akhirnya terpaksa cari PAS

|

Selasa Disember 30, 2008

BANGI: Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" anjuran PAS dan Gerakan Mansuh ISA di sini malam tadi kecoh dan dicuri tumpuan oleh Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang hadir untuk menyerahkan memorandum meminta parti Islam itu membantu usaha memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

Kekecohan berlaku apabila wakil penganjur menghalang anggota Pewaris memasuki stadium kerana mendakwa ia menjejaskan kelancaran program itu.

Kira-kira pukul 9.15 malam, selepas lebih 10 minit berunding, penganjur membenarkan hanya lima anggota Pewaris memasuki stadium itu bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

Jurucakap polis ketika ditemui berkata, kumpulan berkenaan tidak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan dan disebabkan kehadiran mereka tidak mempunyai permit.

Timbalan Pengerusi Pewaris, Rahimuddin Md Harun seterusnya menyerahkan memorandum itu kepada Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika isteri salah seorang tahanan ISA, Norlaila Othman sedang berucap.

Pewaris, Gabungan Gerakan Melayu Muda (GGMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mewakili penduduk enam buah perkampungan di Melaka yang mahukan pemimpin PAS membantu mereka menyelesaikan masalah ternakan babi yang semakin berleluasa.

Kira-kira 30 anggota polis dari Ibu Polis Daerah Kajang berkawal di kawasan stadium bagi mengawal keadaan.

Sementara itu, Rahimuddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah bagi meminta pertolongan pemimpin PAS untuk menyelesaikan masalah babi di Melaka.

"Pewaris yang bertindak mewakili badan bukan Kerajaan (NGO) Islam, persatuan-persatuan seni, barisan dan organisasi budaya Melayu menentang sekeras-kerasnya ladang serta ternakan babi di Melaka khususnya di kawasan Masjid Tanah yang majoriti penduduknya terdiri daripada bangsa Melayu," katanya.

Katanya, pelbagai saluran telah dilakukan gerakan itu bagi menyelesaikan masalah babi, namun sehingga kini tiada tindakan diambil dan oleh kerana itulah mereka meminta bantuan PAS sebagai jalan terakhir.

Ceramah perdana "Mansuhkan ISA" diteruskan pukul 9.30 malam dengan ucapan Mohamad Sabu dan Salahuddin serta Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besar ala BERSIH pada Mac depan untuk menggesa kerajaan memansuhkan ISA.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri ceramah itu.

Gaza Strip: More than 100 American supplied F16s carried out air strikes

|

230 Killed and 750 wounded in the latest Israeli massacre
[ 28/12/2008 - 01:02 AM ]

GAZA, (PIC)-- On the most bloody day witnessed in Palestine since 41 years the Israeli occupation war machine on Saturday killed more than 230 Palestinians and wounded around 750 others, 200 of them in serious condition.

More than a hundred American supplied F16s carried out a series of simultaneous air strikes at noon Saturday across the Gaza Strip targeting police stations and a mosque.

The air strikes were timed to coincide with time school children leave their schools home causing many casualties amongst school children.

Muaweyya Hasanin, director of emergency services, said that 230 people were killed in the attacks and 750 were wounded, 200 of them seriously, adding that a large number of civilians were amongst the victims. Medical sources expected the death toll to rise to 350.

Hasanin added that there 15 victims who could not be identified because their bodies were badly mutilated, adding that at 80 of the victims were mutilated.

He said that the rapid rise in the death toll was due to the recovery of new victims from under the rubbles and the continuing Israeli air strikes which have not stopped until the early hours of Sunday.

Hasanin also said that hospitals are lacking medicines and medical materials necessary for treating the wounded calling on Arab countries to provide the essential medical supplies urgently.

Lagu untuk UMNO Pencuri/Pengkhianat Keparat

|



WHEN YOUR BELOVED PARTY 'kills' YOU... (UMNO lah, what else..)

|

Kuala Terengganu parliamentary by-election is about 3 more weeks to go. It is a normal fuzz that every general elections or by-election will see some party opportunists trying to gain something out of it.

I had a long chat with an entrepreneur from Bandar Tun Razak yesterday. He owns a medium-sized industry which supplies T-shirt, vest and other souvenir items.

He is also an Umno member. However, the party he loves is KILLING his business. The datas he showed me was shocking. JUST READ!

Usahkan PAS, binatang pun jauh lebih baik dari UMNO!

|

Zahar sah sertai PAS
Rabu Disember 24, 2008
Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim hari ini sah menyertai PAS.

Penyertaan beliau turut disertai oleh 28 ketua cawangan dan 13 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan dalam satu majlis khas yang diadakan di sini, hari ini.

Dalam sidang medianya, Zahar berkata, beliau menyertai PAS kerana dasar perjuangan parti itu yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam.

"Bagi orang-orang Melayu yang mahu aktif dalam politik, kita tidak ada pilihan lain kerana Umno pada hari ini banyak berbeza dengan Umno dengan yang saya sertai 26 tahun dulu.

"Saya tidak terfikir untuk menyertai PAS kerana ia parti alternatif sebaliknya PAS adalah lebih baik dari Umno," katanya selepas menyerahkan borang keahliannya dan 41 pemimpin bahagian tersebut kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Akhirnya keluar jugak berita Kapten Zahar keluar UMNO masuk PAS

|

Umno Perlukan Ahli Yang Komited, Kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Masih ramai anggota Umno yang akan meneruskan perjuangan parti itu walaupun bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan Kapt (B) Datuk Zahar Hashim menyertai PAS, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata tugas dan tanggungjawab untuk memperjuangkan Umno tidak terletak di atas bahu seorang atau sebahagian pemimpin sahaja kerana ia melibatkan seluruh ahli.

"Semua pihak perlu sedar, tempoh menjelang pilihan raya umum ke-13 amat kritikal kerana banyak yang perlu kita lakukan di dalam dan di luar parti untuk menentukan survival Umno dan Barisan Nasional," katanya dalam suatu kenyataan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata proses itu menuntut pengorbanan mereka yang betul-betul ikhlas, jujur dan komited serta sanggup berkorban untuk parti melebihi kepentingan peribadi.

Pada Rabu lepas, Zahar menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS. Utusan Online

Dolah Badawi takut kena baling kasut?

|

Ketua kerajaan perlu dihormati - Abdullah
Khamis Disember 25, 2008

TEHRAN: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa mana-mana ketua kerajaan sekalipun tidak boleh dihina seperti apa yang berlaku dalam insiden membaling kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat, George W.Bush di Baghdad, Iraq, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan apa juga perkara boleh meluahkan perasaan mereka melalui cara lain.

"Saya sentiasa berpendapat kita tidak boleh menghina ketua kerajaan seperti itu," kata beliau pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi empat hari ke Iran di sini hari ini.

"Kita boleh mengambil tindakan, kita boleh mengeluarkan kenyataan keras jika perlu jika kita tak berpuas hati. Kita tak suka tentanglah, cakaplah dengan sekuatnya," katanya.

Namun tindakan bersifat menghina seperti membaling kasut tidak boleh dilakukan oleh sesiapapun, tegas Abdullah.

Wartawan sebuah stesen televisyen yang berpangkalan di Kaherah yang bertindak membaling kasut itu dilaporkan menghadapi tindakan undang-undang. BERNAMA

Susahnya cari klip video Wan Farid diumum calon BN di KT

|

Korang perasan tak tiada klip video Wan Farid diumum calon BN di KT. Ada orang kata Ahmad Said tak join masa Najib angkat tangan Wan Farid. Mungkin sebab ni TV3 tak siar. Sesiapa yg ada terjumpa tolong kasi tau (beri komen). Terima kasih.

Blog 'Aku Sayang UMNO' pun benci UMNO!

|

Sila 'klik' banner di bawah:


Gambar geng2 Pak Lah adalah sekadar hiasan:

Sedikit idea untuk PAS berkempen di Kuala Terengganu

|



Wartawan Iraq baling kasut, ahli UMNO baling kerusi!

|



Nik Aziz pertahan wartawan Iraq baling kasut ke arah Bush
Mohd Nor Yahya
Tue | Dec 23, 08 | 9:22:55 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Dis (Hrkh) - Keberanian wartawan Iraq, Muntazer al Zaidi membaling kasut ke arah George W Bush turut dipertahankan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya puji wartawan yang lempar kasut kerana telah menggunakan ruang yang ada untuk menentang perbuatan mungkar.

"Hak bagi mencegah mungkar boleh dilakukan menggunakan tangan, lidah, hati atau kasut seperti dilakukan wartawan di Iraq.

"Bagi mereka yang pandai melukis boleh guna kartun dan bagi mereka yang tiada kaedah lain bolehlah guna kasut," katanya selepas seminar anjuran Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd di Dewan Teratai semalam. HarakahDaily

GAMBAR BEST! Apa yang Najib takut sangat tu...

|



Khairy, aku rasa lebih baik kau pergi mampus!

|

Transformasi Politik Husam
December 23, 2008

Dicabar kekanan, digertak kekiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Dato' Husam Musa, Naib Presiden PAS, apabila, belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia , terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP.

Hari ni baru aku percaya jebon ni memang tak boleh pakai!

|



One for the album: Liew (right) with (from left) Serdang MP Teo Nie Ching,
Penang Deputy Chief Minister Mohammad Fairus Khairuddin and Bukit
Bendera MP Liew Chin Tong. The Star Online

Abbacadabra! Mamma Mia!

UMNO dulu, kini dan selamanya memusuhi Islam. Ini buktinya...

|

Pak Teh, begitulah namanya. Beliau merupakan pengasas kepada sebuah pondok dekat Pengkalan Hulu yang diberi nama Pondok Al-Latifiah. Beliau merupakan salah seorang ahli Majlis Fatwa negeri Perak.

Bagaimana pula pihak pondok membayar gaji tenaga pengajar dan kos operasi pondok tersebut? Pihak sekolah terpaksa bercuti dua bulan dalam setahun semata-mata kerana murid-muridnya terpaksa berkeliaran keserata ceruk kampung dan kota menagih simpati budi ehsan orang ramai menyumbangkan derma bagi tujuan menampung kos operasi persekolahan mereka .

Kebetulan pula. berhampiran dengan kawasan pondok beliau ini terdapat sebidang tanah kosong lalu beliau memohon dengan tujuan untuk diusahakan sebagai projek pertanian bagi menampung kos operasi sekolah.Pak Teh telah memohon tanah tersebut sejak 2006 lagi tetapi permohonannya tidak berjaya.

Apabila kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mengulingkan Umno / BN dinegeri Perak, MB Nizar telah mengarahkan supaya file permohonan Pak Teh itu dibuka semula.

Bahawa didapati, semua agensi kerajaan yang terlibat dalam penapisan permohonan tersebut telah pun meluluskan permohonan Pak Teh tersebut; tertapi ianya gagal kerana tidak diberkan persetujuan oleh Umno!

Apabila perkara tersebut dikemukakan dalam mesyuarat Exco Pakatan Rakyat, permohonan tersebut serta merta telah diluluskan.Tak ada pun bangkangan daripada pihak DAP yang kononnya sangat anti kepada Islam dan Melayu.

Bagaimana pula sikap umno yang kononnya mendabik dada memperjuangkan Melayu dan Islam tetapi tidak memberikan kelulusan kepada permohonan tersebut ?

Demikian yang telah didedahkan oleh MB Nizar sewaktu berceramah di Bota malam kelmarin.Dianggarkan 4 ribu orang ramai membanjiri Stadium Mini Bota untuk mendengar ceramah Mebteri Besar dan Mohammad Sabu. ALHUSSEYN

TERKINI! Bukti akhbar fitnah Utusan Malaysia sepatutnya diharamkan

|

Utusan, bekas KP diperintah bayar RM120,000 kepada Mahfuz
23/12/2008 11:04am

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Khalid Mohd. membayar ganti RM120,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana memfitnahnya.

Utusan Melayu dan Khalid didakwa memfitnah beliau dalam artikel bertajuk `Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan’ di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. – Utusan

Radhi OAG dan songkok UMNO

|


AKSI vokalis utama kumpulan OAG, Radhi
Khalid yang bersongkok sambil
membuka
baju untuk menayangkan dadanya
dalam
satu konsert rock di Kuala Lumpur
kelmarin.


Radhi OAG cemarkan imej songkok
KUALA LUMPUR - Tindakan vokalis dan gitaris kumpulan rock Old Automatic Garbage (OAG), Mohd. Radhi Razali, 31, yang membuat persembahan dengan aksi membuka baju dan bersongkok pada konsert Rock The World 8 di sini malam kelmarin dianggap mencemarkan budaya tempatan.

Ini kerana penggunaan songkok yang sering dikaitkan dengan tempat serta imej yang elok seperti untuk ke masjid atau majlis rasmi di istana telah disalahgunakan pada konsert yang berlangsung di Secret Garden, Stadium Negara.

Perbuatan itu dilihat bukan sahaja merendah-rendahkan martabat penggunaan songkok malah memberi gambaran negatif masyarakat terhadap penyanyi terbabit.

Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Pencipta Lagu Tanah Air (Papita), M. Daud Wahid ketika diminta mengulas mengenai gelagat Radhi itu berkata, Papita kesal dengan perbuatan tersebut.

"Tindakan Radhi OAG itu jelas membelakangkan nilai-nilai murni budaya kita dan mencalar imej baik artis tempatan.

"Dia tidak seharusnya melakukan tindakan sebegitu biarpun ia tidak disiarkan secara langsung menerusi televisyen, namun ia tetap merupakan persembahan secara terbuka," tegas beliau.

Hudud is crucial to quickly punish hardcore criminals

|

I fully support Pas idea to implement hudud laws. Can you imagine the trauma of Noor Suzaily's family? They have to wait eight bloody years for justice to take action. This is what Suzaily's father said in NST:

"If I had the chance, I would have wanted to be the person who presses the switch to hang him when the orders were given." These were the words of Mukhtar Ibrahim, 63, the father of Noor Suzaily Mukhtar, a computer engineer, who was raped and murdered eight years ago.

-----

Pas reiterates pledge to implement hudud laws

KOTA BARU, Dec 21 – Pas will implement hudud laws if the Pakatan Rakyat coalition takes over the administration of the country in a general election, according to party vice-president Datuk Husam Musa.

He reiterated the party’s pledge to implement the Islamic laws at a discourse on political transformation in Malaysia here last night after fellow panellist and Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin challenged him to state the party’s stand on the matter, which Khairy claimed had waned after the general election in March this year.

The other panellist, besides Husam and Khairy, was International Islamic University (UIA) law lecturer Prof Dr Abdul Aziz Bari at the discourse chaired by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) political science lecturer Assoc Prof Dr Mohammad Agus Yusoff.

Husam, however, said the responsibility of implementing hudud laws should be shouldered not only by Pas but by all Muslims, particularly their leaders.

“Why must (implementation of) hudud laws be the agenda of Pas when all (Muslims) must be responsible for them?” he said.

Dr Abdul Aziz said it was the responsibility of the federal government to implement hudud laws if the state governments did not want to implement them.

“The criminal laws come under the jurisdiction of the federal government and not under that of the state governments,” he said. – Bernama

PPSMI adalah benda paling bodoh dalam dunia. Kunci Matematik adalah 'kepantasan'

|

Kenapa aku berkata begitu? Mudah je, kepada yang pernah belajar matematik apa yang penting ialah kepantasan menjawab soalan. Bayangkanlah berapa banyak masa yang diambil untuk alih bahasa semasa menjawab satu-satu soalan tu.

1. masa nak baca soalan kena alih bahasa dari Inggeris ke Bahasa Melayu
2. masa berfikir dalam Bahasa Melayu
3. masa nak jawab kena alih Bahasa Melayu ke Inggeris

Cuba bayangkan kalau satu-satu soalan tu boleh dijawab dalam masa seminit tetapi bila alih bahasa terpaksa menjadi 3 minit. ni matematiknya:

Bahasa ibunda: 50 soalan 50 x 1minit = 50 minit
PPSMI: 50 soalan 50 x 3minit = 150 minit!

Kan ke menyusahkan pelajar tu. Benda simple macam ni pun Menteri tak boleh fikir!

PPSMI = Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (dalam Bahasa Inggeris la gamaknya...)

Orang Perak patut bersyukur kepada Allah kerana dapat Ir Nizar jadi Menteri Besar

|

Kenapa? Cuba lihat siapa yang jadi penceramah BICARA PERDANA bertajuk 'Feqh Wanita' di bawah:

Zambry Abdul Kadir, Adun Pangkor 'kelabu asap'

|


Talib tidak akan meminta dan merayu kepada sesiapa. Katanya; "Saya tidak akan meminta dan merayu lagi, sudah cemuh..." Menyelami perasaan itu beliau redha akan rebah bersama rumahnya itu.

Menurut Talib Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir dan ahli Parlimen Lumut, Kong Cho Ha pernah menjenguk rumah itu dua kali dan menjanjikan untuk menghulurkan bantuan. Mereka datang sebelum pilihan raya 2008. Kini sesudah lapan bulan berlalu, janji belum ditunai dan bayangan mereka sudah tidak nampak lagi.










Perogol Noor Suzaily jalani hukuman gantung

|

Oleh Ismail Mat, Anwar Hussin dan Rashidi Karim

KUALA LUMPUR: Bekas pemandu bas ekspres, Hanafi Mat Hassan, yang didapati bersalah merogol dan membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar, lapan tahun lalu, menjalani hukuman gantung di Penjara Kajang, pagi semalam.

Hanafi, 46, digantung sampai mati selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang, tetapi wartawan dan jurugambar Berita Harian dilarang membuat liputan.

Malah, kedua-duanya diserang sekumpulan penduduk yang merampas kad memori kamera. Berikutan kejadian itu, wartawan dan jurugambar membuat laporan polis.

Hanafi didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.

Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas sejak mayat Noor Suzaily ditemui dalam keadaan bogel dengan 44 kesan kecederaan di tepi jalan kawasan pembinaan Bukit Tinggi Klang pada petang hari yang sama. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dijerut.

Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Mac 2001 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan rayuan terakhir Hanafi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Disember 2006.

Di KANGAR, bapa Noor Suzaily, Mukhtar Ibrahim, 63, berkata pihaknya menanti selama lapan tahun untuk memastikan tertuduh menjalani hukuman itu.

"Kami bersyukur hukuman itu dilaksanakan juga, walaupun agak terlewat. Saya yang merasai kesengsaraan berikutan kematian Noor Suzaily, hanya mampu menyatakan hukuman sudah ditegakkan.

"Jabatan Penjara tidak memaklumkan kepada saya mengenai pelaksanaan hukuman itu.

Syukur apabila saya mendengar perkara ini," katanya yang ditemani isterinya, Harison Husin, 58, ketika ditemui di rumahnya di Taman Suraini.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan hukuman itu, Mukhtar berkata: "Bagi saya kepuasan hanya timbul apabila saya sendiri berada di tempat hukuman dan dibenarkan menekan butang bagi melaksanakan hukuman gantung ke atas Hanafi."

Bagaimanapun, Mukhtar berkata, beliau tidak menyimpan sebarang dendam ke atas keluarga Hanafi kerana mereka tidak bersalah.

BERITA TERKINI: Western Digital cawangan Kuching ditutup!

|

Penutupan kilang Western Digital jejas 1,500 pekerja

KUCHING: Keputusan Western Digital, pengilang pemacu cakera keras kedua terbesar dunia, menutup kilangnya di Zon Perindustrian Bebas Samajaya (SJFIZ) susulan kelembapan ekonomi global, menjejaskan 1,500 pekerja, kata Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Daud Abdul Rahman.

Beliau berkata para pegawai syarikat, yang sebelum ini dikenali sebagai Komag USA (M) Sdn Bhd, mengesahkan bahawa pelabur yang berpejabat di Amerika Syarikat itu, bukan sahaja memberhentikan semua pekerja, malah menutup operasi di sini kerana ia tidak lagi berdaya maju.

“Malangnya kerajaan negeri tidak dimaklumkan mengenai keputusan mengejut itu lebih awal (sehingga kementerian saya memutuskan untuk memanggil para pegawai Western Digital untuk bermesyuarat hari ini) kerana kami bersimpati terhadap nasib para pekerja, yang hanya diberikan notis pada saat-saat akhir menerusi persidangan video dengan ketua pegawai eksekutif syarikat, minggu lepas,” katanya.

Daud berkata pekerja terlibat, kesemuanya penduduk tempatan, termasuk 500 jurutera dan juruteknik yang membabitkan 10 peratus daripada 15,000 pekerja dalam industri elektronik di SJFIZ.

Kaki karaoke UMNO akhirnya berjaya jadi calon BN di pilihanraya kecil Kuala Terengganu

|

Wan Farid diumum calon BN di KT
Muda Mohd Noor | Dec 20, 08 4:49pm

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis pengumuman calon BN di Kuala Terengganu petang ini.

Najib juga merupakan pengarah pilihanraya kecil tersebut. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari depan.

Wan Ahmad Farid, 46 - bekas peguam lulusan Universiti Thames Valley, London - merupakan anak jati Kuala Terengganu.

Pada 1987, beliau menjadi peguam termasuk peguam syarie dan menjadi setiausaha Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu.

Di dalam politik, beliau menjadi ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu pada 1995 sebelum menjadi Ketua Pemuda bahagian pada 1998 dan menjadi menjadi exco pemuda Umno pusat dari 1999 hingga 2004.

Pada tahun 2001, beliau dipilih menjadi timbalan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu sebelum dilantik menjadi setiausaha politik kepada Menteri Keselamatan Dalam Negeri pada 31 Disember 2003 dan sekaligus beliau meninggalkan kerjaya peguamnya.

Beliau menjadi ketua Umno bahagian Kuala Terengganu apabila mengalahkan penyandang jawatan, Senator Datuk Roslan Awang Chik.

Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail di Genting Highland pada 28 November lalu.

PAS pula akan mengumumkan calonnya esok. Antara nama yang disebut-sebut sebagai calon PAS ialah Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Ahli Dewan Undangan Negeri Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi; Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mustafa Ali; Timbalannya, Datuk Wan Mutalib Embong dan tokoh korporat, Mohd Khazani Abdullah.

Selain itu, Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) telah menyatakan minat untuk bertanding. Tiga orang lagi telah menyatakan minat mereka untuk bertanding sebagai calon bebas.

Mereka ialah Maimun Yusuf yang bertanding dalam pilihanraya umum lalu dan dua orang lagi ialah usahawan, Mohd Azlan Ismail dan Isma Airfath Hassanuddin dari Rantau Panjang, Kelantan.

Isu IJN: Semalam Rocky cucuk hari ni Khairy melompat!

|



Dalam artikel IJN's intrigues di blog Rocky's Bru semalam Khairy kena cucuk, hari ni terus dia melompat di blog Khairy Jamaluddin dalam artikel bertajuk Rocky Insinuations. Ada pepatah melayu menyebut 'Siapa makan cili dia terasa pedas'. Nampak sangat Khairy kepedasan dan kepanasan.

Gambar rumah mangsa samun yg akan membuat anda terkejut!

|

[samun1.jpg]

[samun2.jpg]

[samun3.jpg]

[samun4.jpg]