MB Perak jadi tetamu kehormat di Kongres PKR

|

CINA ISLAM (林川興): Khatib Jumaat masih ramai yang tidak layak ?

|

CINA ISLAM (林川興): Khatib Jumaat masih ramai yang tidak layak ?

di Masjid Daerah Taiping ada imam semput...

Rafidah-Shahrizat perang mulut 'atas-bawah'

|

Peperangan mulut 'atas-bawah' penyokong Rafidah-Shahrizat ...
Muda Mohd Noor | Nov 25, 08 5:19pm

Kempen bagi jawatan ketua Wanita Umno semakin rancak dengan penyokong Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mempertahankan kewibawaan calon masing-masing.

Ketua Penerangan Wanita Umno, Seripah Noli Syed Hussin berkata pergerakan itu memerlukan ketua yang tegas dan lantang kerana penjawatnya juga menjadi pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN). seterusnya...

Iklan Snickers

|

Kalau mengaku tak mencuri tu maknanya memang mencuri la jawabnya

|

Projek mega dulu boleh jadi pemangkin ekonomi: Mahathir

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, projek mega yang disyorkan (semasa beliau menjadi Perdana Menteri) dahulu boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memikirkan sama ada untuk meneruskan projek berkenaan atau tidak setelah mengambil alih tampuk kepemimpinan negara nanti.

Beliau berkata demikian selapas ditanya sama ada Najib perlu meneruskan projek mega selepas menjadi Perdana Menteri setelah mengikut pelan peralihan kuasa.

"Dia boleh kaji sama ada lebih baik untuk menghentikan atau pun meneruskan.

"Kita buat selama beberapa tahun, nampak tiada rugi apa pun," katanya selepas menyampaikan ucapan di Kuala Lumpur International Trade Forum 2008 di sini.

Beliau berkata kerajaan mempunyai dana yang cukup untuk melaksanakan projek mega bagi pembangunan negara.

"Kalau tidak ada duit, saya tak percayalah. Masa saya berhenti dulu, saya pastikan kerajaan ada cukup duit. Saya tak curi satu sen pun," katanya.

Mahathir menjelaskan bahawa pemberhentian projek mega akan memperlahankan ekonomi.

Katanya, setiap kali kerajaan belanja wang untuk projek mega, ramai yang akan mendapat keuntungan seperti kontraktor, sub-kontraktor, pembekal dan juga pekerja.

"Orang jual nasi lemak pun dapat duit. Bila berhenti yang ni, semua orang ni pun berhenti. Jadi cara itu bukan cara yang bijaklah," katanya. (Berita Hairan)

Hishammuddin Tun Hussien yang tak fotogenik

|





Parti Jahat Dulu Kini & Selamanya

|

Umno peralat Cawangan Khas 'culik' 5 wakil rakyat PAS
Oleh Lanjusoh

"Saya dibawa tiga anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Kelantan ke Kuala Lumpur. Perjalanan bermula jam 2 petang melalui Kuala Terengganu.

"Sepanjang perjalanan kami senyap tidak bercakap. Saya tahu polis hanya menjadi alat orang politik. Namun, terkejutnya apabila sampai di sebuah rumah banglo di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur ada empat lagi wakil rakyat PAS sudah berada di situ."

"Alangkah terkejutnya saya. Namun, kami senyap kerana tahu angkara siapa sebenarnya sehingga kami dibawa ke situ," kata bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur, Che Omar Mohamad, 82 ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.

Inilah cerita yang jarang diketengahkan bagi memperlihatkan wajah sebenar para pemimpin Umno (Perikatan ketika itu), semata-mata mahu merampas kerajaan Kelantan melalui tindakan bacul.

Ketika itu, pilihan raya kedua diadakan selepas merdeka. PAS mempunyai 21 wakil rakyat dengan kelebihan lima kerusi berbanding Perikatan.

Kerajaan PAS diketuai Mohd Asri Muda (Dato') dan Timbalan Menteri Besar, Nik Abdul Rahman Nik Mat.

Pada pilihan raya pertama selepas merdeka iaitu pada 1959 PAS memenangi 28 daripada 30 kerusi negeri yang dipertandingkan. Sedangkan pilihan raya pertama sebelum merdeka, Kelantan dimenangi Perikatan.

"Kami macam orang bisu tidak dapat bercakap di antara satu sama lain. SB (Cawangan Khas) polis yang berpakaian biasa ramai mengawal kami di bawah.

"Kalau hendak bercakap pun kena berbisik-bisik kerana SB sentiasa mengintai setiap gerak geri kami," kata Che Omar yang masih gagah biar pun usia sudah lanjut.

Rumahnya agak besar terletak di Banggol di bandar Tanah Merah.

Empat lagi wakil rakyat yang terbabit dengan episod 'culik' tersebut sudah lama meninggal dunia. Mereka ialah Adun Kota Bharu Timur, Haji Saufi Idris, Adun Tok Uban, Haji Abdullah Yusof, Adun Pasir Puteh Tenggara, Abdul Rahman Mohd Salleh dan Adun Tanah Merah Barat, Yusof Abdul Latif.

Menurut Che Omar sejak hari pertama dikurung di Jalan Pekeliling, beliau tidak diberitahu bagaimana empat lagi wakil rakyat dibawa ke rumah tersebut.

"Mungkin menjadi rahsia peribadi di kalangan mereka. Namun bagi saya ia tidak lagi menjadi rahsia kerana tindakan dilakukan Perikatan bagi menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan begitu mengaibkan sekali," ujarnya.

Mengimbau detik-detik ditahan sebelum dibawa ke Kuala Lumpur katanya, ketika itu beliau bersama wakil rakyat Parlimen Tanah Merah, Mustapa Ahmad mahu menunaikan solat Jumaat. Beliau ditahan anggota polis di tengah jalan.

Polis mengarahnya datang ke Balai Polis Tanah Merah.

Beliau hairan apa kesalahannya. Apabila sampai ke balai polis beliau diminta naik ke tingkat atas dan menemui seorang pegawai.

"Pegawai polis itu kata ada kaitan dengan kes pistol. Namun saya memberitahu polis saya ada lesen. Kemudian pegawai itu meminta saya menyerahkan pistol.

"Selepas itu saya dibawa pula ke Ibu Pejabat Polis Kota Bharu. Sebelum dibawa ke Kota Bharu saya minta balik ke rumah sekejap untuk memberitahu apa yang berlaku kepada isteri.

"Ketika saya sampai di Balai Polis Kota Bharu saya lihat ramai penyokong PAS berada di situ bagi memberi sokongan. Tidak lama kemudian saya dibawa turun dari pintu belakang dan terus dibawa ke Kuala Lumpur," katanya yang masih mengingati peristiwa yang memalukan Umno tersebut.

Che Omar berkata, biar pun segala makan minum disediakan pihak SB, namun beliau dan rakan-rakan rungsing memandangkan persidangan Dun Kelantan semakin hampir.

Ekoran itu beliau berpakat secara sulit, namun diketahui juga SB yang berkawal.

"Mereka meletakkan syarat, kalau hendak balik boleh tetapi mesti mengisytiharkan menyertai Umno. Ketika diaju syarat itu saya meminta diberi tempoh sehingga esok. Saya terima syarat itu hanya di mulut dan bukan di hati.

"Dan esoknya kami dibawa ke satu tempat dan membaca surat yang disediakan bagi menyatakan sanggup menyertai Umno di depan kamera televisyen. Saya orang yang pertama mambaca kenyataan itu," katanya.

Ekoran itu geger (heboh) ke seluruh negara lima wakil rakyat PAS Kelantan mengisytihar menyertai Umno.

Che Omar berkata, beliau dimaklumkan kerusi mereka di Dun Kelantan sudah dipindah ke barisan pembangkang selepas pengumuman dibuat.

Keesokan harinya beliau dan rakan-rakan dibawa pulang ke Kota Bharu dengan tiga kereta yang dipandu anggota polis.

"Apabila tiba di Kota Bharu pada hari itu persidangan Dun diadakan. Dan saya diberitahu Umno akan membawa usul tidak percaya kepada kerajaan PAS.

"Namun saya sudah berpakat dengan empat rakan untuk tidak keluar ke mana-mana termasuk pergi ke persidangan Dewan. Keadaan itu menyebabkan persidangan Dewan menjadi kelam kabut.

"Dua wakil Dato' Asri datang menemui kami dan membawa ke JKR 10, dan pada pagi yang sama PAS membuat surat sebaran mengatakan lima wakil rakyat terbabit tidak menyertai Umno.

"Ini menyebabkan undi tidak percaya yang mahu dibuat Umno bagi menjatuhkan kerajaan PAS tidak menjadi kenyataan," katanya.

Che Omar mewakili Tanah Merah Timur selama tiga penggal bermula 1964.- tajdid_

Kegagalan terbukti bila memperjuangkan bangsa

|

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000 (Utusan MELAYU!)

KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.

‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.

‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.

‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.

Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.

Islam Hadhari: Ada 10 - 15 ribu pelacur di Kuala Lumpur

|

Majalah Dewan Masyarakat keluaran Oktober 2008 ada memaparkan data dan fenomena yang menakutkan di negara kita yang tercinta ini. Dalam artikel bertajuk “Malam Kuala Lumpur Semakin Menggila”, penulis membentangkan fakta bahawa ” pada 8 November 2005 dianggarkan sekurang-kurangnya 150 ribu wanita terlibat dalam kegiatan pelacuran di Malaysia. Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10-15 ribu orang pelacur berada di Kuala Lumpur.”

Corat-Coret : KL Banyak “Ayam”

Perasaan saya bercampur-baur apabila membaca rencana utama dalam Dewan Masyarakat Oktober 2008 yang bertajuk “Malam Kuala Lumpur Semakin Menggila” membicarakan tentang aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur (KL) yang semakin berleluasa dan tidak dibendung. Perasaan marah bercampur sedih datang silih-berganti. Muka saya panas kerana darah saya berderau sambil menahan gejolak perasaan yang meluap-luap dek kerana geram bercampur marah dengan pemerintahan Malaysia kini.

Menurut Datin Seri N. Saraswathy Devi, Presiden Persekutuan Peguam Wanita Antarabangsa (FIDA) semasa membentangkan kertas kerja dalam Konvensyen Antarabangsa XXXII FIDA pada 08 November 2005 menganggarkan sekurang-kurangnya 150 ribu wanita terlibat dalam kegiatan pelacuran di Malaysia. Daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 10-15 ribu orang pelacur berada di KL.

Berdasarkan kaji selidik penulis rencana ini, dominasi pelacur di ibu kota sekarang bukan lagi terdiri daripada pelacur kelas bawahan yang bersarang di Lorong Haji Taib dan chow Kit seperti 10-20 tahun dahulu. Sebaliknya, pelacur di KL sudah dimonopoli pelacur kelas menengah yang kebanyakan beroperasi di pusat spa dan urut di hotel mahupun premis persendirian.

Fakta yang lebih mengejutkan saya adalah anggaran pendapatan hasil aktiviti pelacuran ini. Purata harga “caj perkhidmatan” yang dikenakan oleh pelacur kelas menengah kepada seorang pelanggan adalah antara RM100 hingga RM250. Dengan anggaran jumlah pelacur seramai 10 ribu orang dan lima ribu daripada jumlah ini adalah pelacur kelas menengah yang beroperasi setiap hari serta secara purata seorang pelacur dilanggan oleh tiga orang pelanggan, maka jumlah wang urus niaga seks paling minimum di KL sahaja mencatatkan RM1.5 juta sehari, RM45 juta sebulan dan RM5.4 billion setahun. Jumlah ini lima kali ganda lebih besar daripada peruntukan dalam Belanjawan 2009 untuk membantu meningkatkan kualiti hidup penduduk miskin di Sabah dan Sarawak!

Pada ketika saya melihat anggaran pendapatan inilah pelbagai persoalan menerjah fikiran saya sekaligus meragui status Malaysia sebagai Negara Islam. Adakah wajar Malaysia diiktiraf sebagai Negara Islam sedangkan maksiat bermaharaja lela di hadapan mata? Sekiranya ada yang memberikan jawapan – penguatkuasaan ada dilaksanakan tetapi menurut fakta dalam rencana ini – sekurang-kurangnya sebanyak 843 serbuan sudah dibuat di pusat pelacuran di KL dan sebanyak 1309 orang pelacur berjaya diberkas (data Bukit Aman setakat 30 Jun 2008). Angka ini cuma 13.1 peratus daripada jumlah anggaran 10 ribu orang pelacur di KL.

Sememangnya sungguh menyedihkan. Adakah kerajaan sekadar memerhati tanpa mengambil sebarang tindakan drastik sambil menikmati hasil lumayan aktiviti maksiat ini? Apakah jaminan masa hadapan generasi akan datang Malaysia yang lebih terdedah kepada gejala maksiat yang lebih teruk sekiranya perkara ini tidak dibendung? Lebih menyedihkan lagi aktiviti maksiat ini telah menular di dalam Internet dan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sendiri tidak boleh mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap beberapa pengendali laman web lucah kerana mereka beroperasi secara sah mengikut undang-undang.

Terus-terang saya katakan saya berasa malu untuk mengatakan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam! Mungkin ini antara jawapan kepada ketidakstabilan politik kita sejak pilihanraya umum yang lalu. Ditambah lagi dengan krisis ekonomi global yang belum nampak cerahnya. Mungkin Allah memberikan kita peringatan untuk kita muhasabah diri mencari kesilapan dan membetulkan keadaan sebelum semuanya terlambat. Kiamat semakin hampir! Allahuakbar!

Belia Bell Tamil di kawasan parlimen Dolah Badawi anjur hoki piala Dato' Haji Abdul Hadi Awang

|

Umno pujuk hoki piala Presiden PAS dihentikan
Mohd Sabri Said
Tue | Nov 11, 08 | 12:19:07 pm MYT

KEPALA BATAS, 11 Nov (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang rancak mencari jalan mendesak Belia Bell Tamil, Kepala Batas menarik balik piala Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang daripada dipertandingkan untuk ketagori 16 tahun ke bawah sempena Hoki Merdeka enam dan tujuh sebelah pada 15 November ini.

Program yang diadakan di Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) itu berlangsung selama tiga hari bermula 14-16 November ini menyertakan tiga piala lain iaitu, Dato' Hilmi Rashid, Mr Kim Kah Po dan Milo.

Harakahdaily difahamkan, usaha memujuk itu dibuat terhadap Pengarah Program berkenaan, V. Jayanandhan yang menjadi tulang belakang kejayaan penganjuran selama ini.

Namun setakat ini, pihak Persatuan Belia Bell Tamil, Kepala Batas masih mempertahankan penyertaan piala Dato' Haji Abdul Hadi Awang memandangkan ia tidak menyalahi peraturan sukan. - mns

Klip burung di langit saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron

|


وعن ابن مسعود رضي الله عنه أن أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم سألوه عن هذه الآية : (( و لا تحسبن الذين قتلوا في سبيل الله أمواتاً بل أحياء عند ربهم يرزقون )) سورةآل عمران : 169 . فقال صلى الله عليه وسلم : (( أرواحهم في جوف طير خضر لها قناديل معلقة بالعرش تسرح من الجنة حيث شاءت ثم تأوي إلى تلك القناديل ، فاطلع إليهم ربهم إطلاعة فقال : هل تشتهون شيئاً قالوا : أي شيء نشتهي و نحن نسرح من الجنة حيث شئنا ففعل ذلك بهم ثلاث مرات ، فلما رأوا أنهم لن يتركوا من أن يسألوا قالوا : يا رب نريد أن ترد أرواحنا في أجسادنا حتى نقتل في سبيلك مرة أخرى ، فلما رأى أن ليس لهم حاجة تركوا )) أخرجه مسلم

Dari Ibnu masud.ra. bahwa murid beliau menanyakan tentang tafsiran ayat Jangan kalian mengira bahwa orang terbunuh dijalan Alloh adalah mati. Namun mereka tetap hidup disisi Tuhan mereka dan berlimpah rizqi(Qs.Ali imran:169). Lalu beliau menjawab, bahwa Rosululloh.saw. telah bersabda: Roh-roh para syuhada berada dalam perut-perut burung hijau, memiliki sarang yang bergelatungan dibawah Arsy. Mereka berputar didalam syurga sekehendak burung-burung tersebut, lalu kembali sarangnya. Lantas Robb mereka(Alloh.swt) melihat sembari menawarkan: adakah kalian menginginkan sesuatu (nikmat lain)?, mereka menjawab: apalagi yang kami inginkan, sedang kami bebas berkeliling didalam syurga?. Lalu Alloh.swt. mengulangnya 3kali, dan merekapun menjawab dengan jawaban serupa.dan ketika mereka putus asa untuk lepas dari pertanyaan Alloh, maka mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami ingin agar Enkau berkenan mengembalikan arwah kami dalam jasad kami, agar kami terbunuh dijalanMu sekali lagi. Saat Alloh tidak mendapati dari mereka sesuatu yang dibutuhkan, maka Ia membiarkan mereka

Mimpi bertemu Saidina Umar Al Khattab di Kemta ISA Kamunting

|

Episod Kedua dipetik dari artikel MIMPI ITU HIBURAN DARI ALLAH SIRI 2

Bulan julai 2000 saya telah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana kesalahan menyampaikan ceramah kepada sekumpulan pemuda yang menyewa sekolah saya untuk program persatuan mereka (mereka ialah persatuan Al-Mau'nah.(1). Sebelum saya membenarkan mereka menyewa kemudahan sekolah saya untuk program tersebut, terlebih dahulu saya meminta dokumen sah mengenai persatuan mereka. Permintaan saya dipenuhi dengan mereka menyerahkan kepada saya salinan Daftar Pertubuhan oleh Pendaftar Pertubuhan dan Surat akuan sah oleh Jabatan Agama Islam Selangor). Sebulan selepas program tersebut, berlakulah peristiwa yang menggemparkan negara, iaitu peristiwa Jenalik yang melibatkan persatuan tersebut. Oleh kerana saya pernah menyampaikan ceramah kepada mereka maka saya "dikira terlibat sama". Kerana ketiadaan bukti keterlibatan saya ( kerana pada hari rompakan senjata di Grik berlaku, saya ada dikediaman saya di Kuantan) maka saya ditahan dibawah akta ISA. Akta yang tidak memerlukan bukti untuk menahan seseorang. Sebab itu saya selalu berpesan kepada rakan-rakan yang mengajar dimasjid-masjid dan surau-surau. Selalulah berpesan kepada AJK surau atau masjid tempat anta mengajar tu, jangan buat apa-apa yang menyalahi undang-undang. Bukan sahaja mereka yang kena lokap, nanti anta pun akan ditahan sama di bawah ISA. Alasannya ialah kerana anta terlibat mengajar dimasjid yang salah seorang AJKnya ada melakukan kesalahan. Sahabat yang ana pesan biasanya akan ketawa dan gelak besar. Kelakar kata mereka. Memang ISA tu undang-undang kelakar. Tapi kelakar-kelakar pun boleh menyebabkan pengamalnya masuk Neraka tau.

Berbalik kepada kesah saya tadi. Bila mengetahui bahawa saya sah ditahan dibawah akta ISA setelah ditunjukkan surat perintah penahanan oleh ASP Ismail di IPD Kuantan.(2). Saya pasrah saja kepada takdir Allah. Saya tahu saya tidak terlibat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jadi saya benar-benar yakin waktu itu Allah memberi peluang kepada saya melalui satu proses tarbiyyah Allah. Alhamdulillah.

Program malam Pertama saya dalam lokap setelah selesai sessi soalsiasat ialah mandi, solah Taubat, Solah hajat dan Tasbih. Selesai melakukan semua amalan itu saya terus baca Yassin 41 kali khatam. Alhamdulillah, malam pertama terpisah dari dunia luar itu sedikitpun tidak meresahkan hati saya. Bahkan saya dapat rasakan satu kemanisan dan kelazatan yang sangat luar biasa, kerana dapat berdampingan dengan Rabb tanpa diganggu oleh sesiapa. Itulah amalan saya selama lebih 50 hari dalam lokap IPK Kuantan,(3), disamping berpuasa hampir selang-selang hari.

Sewaktu menjalani hari-hari sepi diperut lokap tersebut, saya dapat bayangkan begitulah keadaannya bila kita mati. Secara mendadak kita hilang segala-galanya. Tiada lagi isteri disamping, tiada gelak gurau anak-anak, tiada lagi teman-teman,(4), tiada lagi rumah kediaman, tiada lagi kenderaan untuk kesana sini. Semuanya terputus. Tinggallah kita dengan nasib sendiri. Tiada siapa yang tahu. Hampir sama dengan kematian. Saat menjalani perjalanan "pra kematian" itulah saya alami mimpi yang indah.

Masuk malam ketujuh saya dalam lokap, setelah selesai menunaikan solah-solah biasa, saya terus membaca Yassin. Malam itu malam jumaat. Udara sejuk diluar sesekali mencuri masuk kedalam lokap saya. Pada malam tersebut saya merasa mengantuk yang tak boleh ditahan-tahan. Biasanya saya akan baca 41 kali Yassin secara terus hingga jam 3 pagi. Tapi malam tersebut setelah menamatkan 21 kali khatam Yassin saya rasakan sudah tertahan lagi. Lalu saya memutuskan akan tidur sebentar dan kemudian menyambung kembali 20 kali khatam bacaan. Bila saya baringkan saja tubuh dilantai lokap tanpa lapik itu terus saya rasakan dibawa kedalam satu dunia yang lain.

Tiba-tiba saya dapati saya berada ditengah-tengah himpunan manusia ramai. Betul-betul macam ceramah Pas. Saya tidak mengenali sesiapa pun dikalangan mereka. Saya lihat manusia ramai itu semacam menunggu seseorang. Sesekali mereka tertoleh-toleh dan terjengguk-jengguk kepintu masuk padang yang luas itu. Saya bertanya orang yang paling hampir dengan saya. Kita sedang menunggu siapa ni?. Orang yang saya tanya menoleh kepada saya dan berkata; kita sedang menunggu kehadiran Amiirul Mukminin Umar Al-Khattab. Hati saya tiba-tiba melonjak gembira. Alhamdulillah dapat lah kiranya untuk saya menatap wajah sahabat RasuluLlah saw yang agung itu. Dalam keadaan diselimuti rasa gembira itu tiba-tiba orang ramai seolah-olah memandang kearah saya. Mereka melambai dan memberi salam. Belum sempat saya bertanyakan kepada seseorang, tiba-tiba lelaki lelaki yang saya bertanya tadi berbisik kepada saya; Amirul Mukminin disebelah kamu tuu. Saya terkejut sambil menoleh kepada sesusuk tubuh yang tinggi dan tegap disisi kiri saya. Wajahnya putih bersih, berjambang hitam pekat. Wajahnya tersenyum tetapi jelas kelihatan raut ketegasan seorang pemimpin. Lantas saya memberi salam kepadanya. Airmata saya mengalir kerana terlalu gembira dengan pertemuan itu. Ketika saya mendongak kepada sekali lagi, Beliau tersenyum kearah saya, sambil mengambil tangan kanan saya lalu dilekapkan kepada pipi kanannya. Saat tangan saya tersentuh dengan pipinya saya rasakan satu aliran sejuk menjalar melalui tangan hingga kesegenap tubuh saya. Alangkah indahnya berjabat tangan dengan tokoh yang mulia itu. Beliau tidak berkata apa kepada saya, hanya tersenyum sambil menggengam tangan saya dan diusap-usapkan kepipinya. Saat kegembiraan itulah tiba-tiba beliau menghilangkan diri.

Himpunan manusia yang ramai beralih pula mendongak kelangit. Dada langit cukup cerah. Bulan mengambang kuning berkilau. Tiba-tiba bulan itu berpusing. Pusingan yang pertama saya terlihat dipermukaan bulan gambar Singgahsana Raja. Tirainya kuning dan hamparannya juga kuning. Pusingan yang kedua gambar Tuan Guru Haji Abdul Hadi sedang menyampaikan ceramah dianjung Sebuah Masjid, menghadap kehalaman luar. Hadirin memenuhi setiap ruang padang yang luas itu. Semuanya diam dan khyusuk. Pada pusiangan yang ketiga saya lihat gambar Baitullah yang disimbah cahaya. Jamaah Muslimin sedang tawaf menegelilinginya. Selesai pusingan itu, orang ramai pun bubar. Semacam selesai melihat tayangan slaid dipenghujung ceramah. Semua orang berjalan keluar, samalah dengan selesainya ceramah Pas. Disepanjang jalan terdapat peniaga-peniaga yang menjual berbagai barang jualan. Sedang saya berjalan bertunda-tunda dengan orang ramai itu, tiba-tiba saya terlihat satu gerai yang tiada siapa pun yang singgah digerainya. Peniaganya seorang yang bersih wajahnya. Raut wajahnya tenang walaupun tiada siapa yang sudi singgah digerainya. Melihat keadaan itu saya rasa terharu. Lalu saya singgah dan memberi salam kepadanya. Di atas meja dihadapannya terdapat satu balang besar berisi cairan kuning jernih. Nak cuba? tanya peniaga itu. Apa ini? tanya saya kembali. Oooo.. ini ialah Sandwich madu. Lalu tanpa diminta beliau membelah sebatang roti yang sederhana panjangnya lalu disapu madu yang terdapat didalam balang tadi. Beliau hulurkan kepada saya sambil berkata ramah; sila lah..orang belum kenal lagi madu ni..cuba lah katanya. Lantas saya mengambil pemberiannya. Masyallah..bila roti madu itu saya sentuhkan kelidah saya..rasanya sangat lazat, manisnya sederhana, bukan seperti madu biasa. manisnya meresap kecelah-celah gigi. Sedang saya menikmati manisan madu itulah saya tersedar..saat saya tersedar dan bangun untuk berwudhu, masih dapat saya rasakan manis madu di selang-selang gigi. Saya berkumur-kumur, tetapi masih dapat saya rasai manisnya..Maha suci Allah.

Saya lantas berwudhu, menunaikan tahajjud dan menyambung kembali bacaan Yassin saya. Sejak saat itu saya merasa sangat tenang,ketenangan dan kelapangan jiwa yang tidak pernah saya alami sebelumnya seumur hidup saya. Setiap kali hati saya dilanda duka, segera terlintas disudut hati kecil mimpi yang indah itu. Kali kedua saya alami mimpi bersama Saidina Umar ialah sehari selepas sampai surat perintah penyambungan tahanan kepada 2 tahun lagi. Kemudian kali yang ketiga dipenghujung ramadhan 2003 dua malam sebelum saya dan teman-teman yang lain dibebaskan.

Teruskanlah perjuangan ini wahai teman-teman dan adik-adik. Dampingilah Allah Yang Maha HAAFIDZ, Dialah yang menjaga kita hatta saat kita melupaiNya sekalipun.

Nota:
(1). Sebelum itu sekolah saya selalu disewa oleh Pelajar-pelajar IPTA dan IPTS untuk program persatuan mereka.
(2). ASP Ismail berasal dari Kg Cherang dalam Nyior Cina, Jalan Bereka 12 Kota Baru. Kemudiannya keluarga beliau berpindah ke Kg Air Satan Air Lanas Jeli. Ayah beliau dikenali dengan gelaran Pok Loh Tukang Besi. Saya pernah kekampung beliau sekitar tahun 1985-1986. Khabarnya beliau jatuh sakit yang agak serius pada tahun 2002 dan sering balik berubat di HUSM Kubang Kerian.
(3). Selepas itu saya dipindahkan ke lokap Pulapol Jalan Semarak Kuala Lumpur. Kemudiannya dipindahkan ke PRC (Polis Remain Centre) Kg Batu Jalan Ipoh. Semalaman di PRC saya dipindahkan terus ke Kem Tahan Kemunting (KEMTA) selama 3 tahun dan ditahanan dikediaman (tahanan terhad) selama 10 bulan. (Tempoh mula ditahan, julai 2000 - Nov 2003. Bebas dari tahanan terhad September 2004)
(4). Setelah saya ditahan, Bekas pimpinan Mau'nah Negeri Pahang mengaku tidak mengenali saya. Sedangkan mereka lah yang datang berunding dengan saya untuk menyewa tempat bagi program mereka. Bahkan selepas dibebaskan mereka langsung tidak datang menziarahi saya kerana bimbang dianggap terlibat. Lebih teruk lagi ada yang melarikan diri bila terserempak dengan saya dibandar kuantan (paparan untuk iktibar).


Tunggu, buku Jendela ISA, antara kezaliman dan kemanisan rohani.

Mimpi ditahan ISA akhirnya jadi kenyataan

|

Episod Pertama dipetik dari artikel Mimpi itu hiburan dari Allah

Tiga hari lepas (malam selasa) saya sempat makan malam bersama seorang sahabat (Ismail) selepas menyampaikan kuliah di Surau Taman Permata Melawati. Ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang Isnin itu, tergerak hati saya untuk menalifon beliau. Kerana saya merasakan sudah agak lama tidak menghubunginya. Beliau agak terkejut dengan panggilan itu, kerana beberapa saat sebelumnya beliau sedang berbual dengan isterinya mengenai saya. Kebetulan pula beberapa malam sebelumnya beliau bermimpi bertemu dengan saya. Lantas beliau bercadang untuk menghubungi saya. Tiba-tiba saat itu saya yang lebih dahulu menalifonnya. Itulah kebetulan. Kebetulan pada manusia tetapi sememangnya ketentuan dan takdir dari Yang Maha Esa.

Menyentuh mengenai mimpi saya teringat satu mimpi yang saya alami pada tahun 1986. Ketika itu saya sedang belajar di Pondok Pasir Tumboh Kelantan. Malam itu saya dan teman-teman usrah mengadakan mukhayyam tarbawi di Bukit Keluang Besut. Beberapa detik setelah memejamkan mata didada pasir pantai Bukit Keluang itu, saya bermimpi berada dalam satu kawasan yang berdinding tinggi. Pagarnya berwarna hijau gelap. Terdapat satu padang kecil dan sebuah bangunan yang sederhana besarnya, lebih kurang berukuran 60 kaki x 30 kaki. Dalam mimpi itu saya dapati saya memakai seluar berwarna biru dan berkemeja Putih berlengan pendek. Selain saya terdapat beberapa orang lagi pemuda sebaya dengan saya. Kami tidak bercakap antara satu sama lain. Sebelum saya dapat mengenal pasti dimana saya ketika itu, tiba-tiba sahabat saya (Allahyarham) Syukri Wahab ( bekas setiausaha kerja Pas Kawasan Kuala Kedah) mengejutkan saya kerana waktu qiamullail telah masuk. Saya pun bangun dan mimpi itu saya lupakan begitu sahaja.

Dengan susunatur takdir Allah pada bulan julai 2000, saya ditahan di bawah akta zalim ISA. Bila saya dibawa masuk kekawasan tahanan yang bernombor T1, tiba-tiba saya rasakan suasana itu pernah saya lalui. Pagarnya, padang kecil disebelah kanan bangunan yang sederhana besarnya. Lama saya mengingati pemandangan tersebut. Tapi saya tidak berjaya mengingatinya. Hinggalah pada satu malam ketika dalam kurungan sell T1, saya bermimpi mengadakan satu program tamrin bersama-sama sahabat-sahabat di Bukit Keluang. Apa yang saya alami dalam mimpi itu sama dengan perjalanan mukhayyam yang saya sertai pada tahun 1986. Bila tersedar dari tidur, barulah saya teringat, bahawa suasana kem tahanan itu saya alami dalam mimpi ketika bermukahayyam di Bukit Keluang Besut. Mahasuci Allah...Sejenak saya terhibur dan tenggelam dalam kebesaran Allah.

Pengakuan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tentang UMNO Sdn Bhd

|


UMNO Sudah Menjadi Parti Sdn. Bhd.
Jelaslah bahawa UMNO kini semakin terserlah sebagai Parti SDN BHD. Dikuasai oleh mereka yang berkepentingan dan menjadikan parti sebagai lubuk mencari harta. Matlamatnya bukan sangat untuk berkhidmat dan menabur budi tapi kini menjadi sebuah syarikat bermatlamat untuk mengaut keuntungan semaksima mungkin. Apa tidaknya, selama inipun segala projek-projek pembangunan akan disalur melalui bahagian dan diagih-agihkan hanya kepada segelintir yang berjawatan parti. Sebab itulah masing-masing berebut untuk menduduki takhta parti sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit untuk menang. Semua usaha ini ditanggapi sebagai satu bentuk pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih besar. (Blog Dr. Asyraf Wajdi Dusuki)

Komen Isteri Ali Ghufron tentang Malaysia

|


AM : Ustadzah kelahiran Singapura dan sudah pasti pernah tinggal di sana. Juga di Malaysia, serta di Indonesia. Bagaimana Ustadzah memandang masing-masing negara serumpun Melayu ini?

UPA : Sebentar, itu maksudnya apa ? (UPA agak kaget dan terkejut). Tetapi saya tidak besar di Singapura. Ketiga-tiga negara ini pada prinsipnya sama saja, yakni negara sekuler. Sekalipun Malaysia mengklaim negaranya negara Islam, tapi sebenarnya tidak, cuma agama resminya saja yang Islam. Tapi terhadap saya sendiri secara pribadi karena saya tidak pernah bekerjasama dengan pemerintah, jadi tidak pernah merasakan diskriminasi sebagaimana yang dialami oleh saudara-saudara kita muslimat yang memakai hijab yang duduk di pemerintahan di jabatan-jabatan tersebut.

AM : Artinya Ustadzah tidak pernah mengalami diskriminasi sama sekali di Malaysia:

UPA : Sepanjang ini kepada saya secara pribadi tidak ada, kecuali dalam masalah imigrasi.

AM : Apakah di Malaysia gejala Islamophobia lebih parah daripada di Indonesia atau Singapura?

UPA : Mungkin kondisnya bisa disamakan seperti Indonesia pada masa berlakunya undang-undang subversif. Kini kondisi di Malaysia seperti itu.

AM : Kini di Malaysia seperti itu? Ceramah-ceramah agama, majalah-majalah Islam, jihad, dan sejenisnya tidak bisa beredar?

UPA : Seperti itu kira-kira. Ada majalah yang seperti itu dan sejenisnya tapi mereka belum berani secara terang-terangan untuk muncul kecuali orang-orang yang memang sudah siap dengan segala resiko termasuk ditahan dengan undang-undang ISA (undang-undang subversif Malaysia, red). (arrahmahnews)

Pembebasan Raja Petra adalah balasan keangkuhan Najib Razak

|

Raja Petra Dibebaskan Daripada Tahanan ISA
07 November, 2008 10:35 AM

SHAH ALAM, 7 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, daripada penahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya.

Dalam penghakimannya Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau telah mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, sejak 12 Sept lepas, dibawa ke mahkamah sebelum 4 petang ini bagi urusan pembebasannya.

Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden. (Bernama)

Kalau US ada Obama, Malaysia ada Obastard

|





Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) telah dengan bersemangatnya merasmikan 'Kempen KURANG AJAR' di Parlimen.
Immediately, a furious Tajuddin yelled out “Bastard!”, and repeated the insult.

“You bloody bastard, show me proof,” Tajuddin screamed.

As one, opposition MPs objected to the profane language, prompting the deputy speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, to tell Tajuddin to retract the offensive word. - Malaysianinsider
Kalau menjadi MP kerana rasuah ... sampai bila bila pun kempen budi bahasa tak tak berjaya.
UMNO tak akan pernah berubah menjadi berbudi bahasa. Sampai bila bila. Itu jaminan.

Tahniah! Rosmah Mansor dapat cucu.

|

Payish pelengkap cinta Fazley
Oleh Zaidi Mohamad
zaidim@bharian.com.my

KEHADIRAN cahaya mata bernama Ahmad Fariedz Shah Ahmad Fazley pada pagi 29 Oktober lalu di sebuah hospital swasta menambahkan ceria bagi pasangan Fazley dan Azrene Soraya Abdul Aziz. (Berita Hairan)

Lepas kalah dgn doktor gigi, Khairy Jamaluddin wajar hijrah ke Bhutan

|

Bhutan tabal raja paling muda

THIMPU - Ketika seluruh dunia tertumpu pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sejarah juga dicipta di Bhutan apabila seorang pemuda berumur 28 tahun, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck ditabalkan sebagai raja paling muda di dunia.

Graduan Universiti Oxford itu ditabalkan sebagai raja Bhutan yang baru semalam bagi menggantikan tempat bapanya, Jigme Singye Wangchuck yang melepaskan takhta pemerintahan dua tahun lalu.

Baginda melepaskan takhta bagi membolehkan pembaharuan dilakukan serta menyerahkan kuasa kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya pertama pada Mac lalu. (Kosmo)

Malaysia Opposition MPs stage walkout

|



Parliament: Opposition MPs stage walkout
Tuesday November 4, 2008 MYT 7:47:00 PM
By LISA GOH

KUALA LUMPUR: Opposition MPs walked out en bloc after Tian Chua (PKR- Batu) was barred from the Dewan Rakyat during the Finance Minister’s winding-up speech on Tuesday.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said that it was “meaningless” for them to remain in the august hall when Finance Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had presented a new Budget, but denied the fact.

Najib, also the Deputy Prime Minister, was presenting the Government’s economic stimulus package for 2009.

“We were patient and waited for an hour, and we requested the opportunity to ask for an explanation, but the Finance Minister refused us this,” Anwar said.

“He presented a new package and this is a problem, but he kept saying that it was not,” he told the press immediately after the walkout.

Anwar said they were prompted to leave after Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia asked Najib whether he would allow Opposition MPs to ask questions.

“And he (Najib) said ‘No.’ This is Parliament, not some Umno division meeting.

“In Parliament, ministers give answers. We were merely seeking clarification on what he had announced,” he said.

DAP adviser Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur), who was also at the press conference, said that Najib had claimed that the Budget remained unchanged, “which was untrue.”

“The Budget is being changed and there is no presentation of the revised Budget which is to be mooted afterwards.

“Pakatan Rakyat leaders have been calling for him to present a revised Budget and then we can debate and, at the end of the day, we can have a vote ... but he refused,” he said.

PHOTO: Najib's Economic package unveiled in cheap folder

|

Economic package unveiled (Updated with full text)
Updated: Tuesday November 4, 2008 MYT 7:57:12 PM

KUALA LUMPUR: The Government dialled down its projected gross domestic product (GDP) growth for 2009 from 5.4% to 3.5%, but said it would inject RM7bil to strengthen the economy and boost confidence within the private sector.

The RM7bil will come mainly from savings earned from the reduction of fuel subsidies announced earlier this year, Finance Minister Datuk Seri Najib Razak said in Parliament here on Tuesday when announcing the Government’s economic stimulus package (The Star)

Apa kata Rosmah Mansur jadi duta Kempen Budi Bahasa

|

Kempen Budi Bahasa ahli Parlimen

KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kempen Budi Bahasa akan diperhebatkan dalam kalangan anggota Parlimen kerana mereka adalah contoh terbaik untuk diteladani oleh rakyat, kata Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

“Anggota Parlimen selalu menjadi perhatian rakyat, apa yang mereka katakan adalah menjadi tanggapan rakyat dan sudah semestinya mereka juga terikat dengan sikap berbudi bahasa. (Utusan Monyet)

TOKSAH TIPU LA... Sejak bila pulak Shahidan Kassim dapat PHD?

|

Zaid perlu keluar dari rumpun Melayu - Shahidan

KANGAR 2 Nov. - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim mengenai ketuanan Melayu, sebagai keterlaluan.

"Zaid perlu bertaubat. Jika tidak, Zaid perlu keluar dari rumpun bangsa Melayu," kata Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO. (berita asal)