Menyingkap kata-kata isteri MB Perak

|

"Semoga mereka bergembira dengan kiriman dan buah tangan dari Malaysia yang tidak pernah saya kirim sepanjang mereka belajar di sana." (artikel penuh)

Pernah dengar cerita dari Ustaz Kamal Ashaari. Katanya Ir Nizar dulu orang susah...

Klip Video Samurai mengamuk di Bintulu

|

Putar belit Zahid Hamidi & Utusan

|

IPOH, 29 Okt.:- “Saya tidak memohon menunai ibadat haji tahun ini, begitu juga isteri saya,” kata Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sambil menafikan laporan Zahid Hamidi seperti yang disiarkan akhbar bahawa beliau dan isteri akan ke tanah suci tahun ini, beliau meminta wartawan yang hadhir bertanyakan hal itu pada Utusan Malaysia.

” Saya dah tunaikan ibadat haji. Jadi saya cuma menyokong permohonan mereka yang mahu menunaikan ibadat haji tahun ini,” kata beliau.

Zahid juga berkata, ” haji bukan agenda politik. Saya mahu masyarakat tahu walaupun dari parti politik berbeza, saya mengambil pertimbangan agama.

Nizar, bagaimanapun mengucapkan terima kasih pada Zahid kerana memberi kesempatan dan menerima baik permohonan 22 anggota rombongan dari pejabatnya dan berharap Zahid mengotakan kata-kata bahawa beliau akan sentiasa mengambil kira pertimbangan agama dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan agama.

“Saya dan isteri sudahpun menunaikan ibadat haji. Yang memohon itu juga bukannya semua ahli Pas, ada dari Keadilan dan guru-guru pencen,” kata beliau sambil menegaskan bahawa permohonan itu dikemukakan kerana difahamkan Menteri Besar diberi peruntukan kuota khusus atau kemudahan tertentu untuk menghantar bakal haji ataua menunaikan haji.

Sehubungan laporan akhbar hari ini, pejabat Menteri Besar menerima beberapa panggilan dari orang perseorangan yang bertanyakan kedudukan temujanji masing-masing yang telah ditetapkan sepanjang Disember 2008.

Parti UMNO Sakit Tua (Nyanyuk, Kencing Manis, Darah Tinggi, Jantung)

|

Part 1


Part 2


Part 3

Ustaz Misbah ajar kita erti 'amanah'

|

Kami ke Pakistan tidak guna duit Kerajaan atau Parti

Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.

Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain. (artikel penuh)

Valuecap: Tolong selamatkan baki yang tinggal dari terus disamun

|

Selepas Eurocopter EC725, tolonglah selamatkan baki RM5,000,000,000.00 dari terus dijoli oleh pemimpin UMNO/BN.

Eurocopter EC725: Penyamun Tak Jadi Menyamun

|

Dolah kata kerajaan telah membuat keputusan untuk menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725 sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia.

Aku nak tanya pulak sejak bila pemimpin UMNO/BN tau berjimat? Yang jelas ialah setelah kantoi, penyamun akhirnya kensel untuk menyamun!


ROMPAKAN RM 1.67 BILION DIGAGALKAN
Rabu, 2008 Oktober 29

Satu rompakan besar duit rakyat yang telah lama di rancang telah dapat di gagalkan petang tadi.

Rompakan ini telah dirancang dengan licik sekali tetapi masih dapat digagalkan.

Rompakan RM 1.67 bilion ini telah digagalkan oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah bangun sebaris menentang rompakan Eurokopter EC725. (artikel penuh)

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) dan Lembaga Air Perak (LAP) bayar zakat RM5.5juta

|

Tahun ini dibawah pengerusi barunya, Mohammad Nizar, perbadanan ini mampu mengeluarkan zakat berjumlah RM1.8 juta

Sementara itu, LAP pula merupakan pengeluar zakat terbesar di negeri Perak dengan jumlah RM3.7 Juta

Kutipan zakat dari kedua-dua perbadanan tersebut dipercayai adalah sumbangan yang terbesar dari kutipan-kutipan yang sebelumnya selama ini.

Pejabat Agama Islam bahagian zakat apabila ditanya tentang sumbangan zakat yang pernah diterima dari dua badan koperat tersebut sebelum ini tidak mahu mengulas lebih lanjut tentangnya melainkan berkata:

“Adalah juga tahun lalu; tapi tidaklah sebesar sumbangan ditahun ini,” jelasnya ringkas.

Nampaknya bertambah berkat dua badan koperat tersebut sejak Mohammad Nizar menjadi Pengerusinya. Semoga terus mendapat limpahan rahmat dan terus maju dibawah kerajaan Pakatan Rakyat. (artikel penuh)

Kisah Seorang Pengkhianat

|


(gambar dipetik dari Blog Pengkhianat)

Azeez berada di sisi Saudara Khairy Jamaluddin sewaktu Khairy membuat pengumuman di Rembau baru-baru ini untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Nah, dia merupakan salah seorang penyokong Khairy untuk Ketua Pemuda. Bagaimanapun, satu perkara yang menarik ialah sewaktu Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Baling hari ini, Azeez tidak langsung mencalonkan Khairy. Apakah di Pemuda bahagian yang diketuai oleh Azeez tidak ada seorang pun yang menghargai ketokohan dan kepimpinan Khairy dan boleh mencalonkan beliau? (artikel penuh)

ADUN UMNO Perak yang bongok!

|

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin telah membuat laporan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Ustaz Misbahul Munir di ibu pejabat BPR Perak atas dakwaan salah guna kuasa di sini

Misbahul Munir didakwa telah mengarahkan Pengarah JPS menarik balik kerja menyelenggarakan projek pembangunan sawah Sungai Manik daripada pengerusi JKKK Persekutuan dan diserahkan kepada pengerusi (JKKK) yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Seramai 36 pengerusi JKKKP telah menerima tawaran kerja bernilai RM300,000 sebelum ini tetapi telah ditarik balik ekoran arahan berkenaan.

Pengerusi JKKKP Parit 12A Sungai Manik, Encik Suib mengesahkan telah menerima surat daripada Pengarah JPS negeri bertarikh 16 Sept lalu dengan arahan penarikan balik berkuatkuasa 6 Okt lalu.

Ditanya tentang penarikan balik tawaran kerja tersebut, Misbah berkata,"Saya hairan mengapakah ahli JKKK lama masih ingin mempertahankan kedudukan dan harta atau perkakasan atau tugasan yang bukan menjadi milik mereka tetapi milik kerajaan negeri."

Mengikut Misbah, "Saya berdukacita kerana saya dapati YB Sungai Manik Zainol Padzi Paharuddin begitu lemah penguasaan dan pemahaman dalam Bahasa Malaysia sehingga tidak dapat membedakan antara perkataan ‘arah’ dan ‘dipohon’. Secara lateralnya, jika ‘arah’ berert ia mesti diikuti, manakala dipohon bermakna merayu jika tidak menjadi halangan. Jadi ia terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Pengarah berkenaan untuk membuat keputusan," jelas Misbah

"Yang terbukti salahguna kuasa ialah Umno, dengan menggunakan kedudukan sebagai Exco meminta JPN negeri menukarkan 4 orang guru keluar daripada Daerah Perak Tengah hanya kerana mereka dianggap menentang kuat parti Umno," katanya lagi.

Ya Allah! Hancurkan UMNO Atas Setiap Kezaliman Pemimpin2 Mereka

|

..."Ini masuk tahun ke-7 suami Akak ditahan ISA. Selama itulah saya menyara lapan orang anak dengan menjual air soya," luah Halimah, isteri kepada tahanan Mohammad Khider, 43...

...Wajahnya yang kelam dan tunduk ketika ditemu bual, menzahirkan segala kesusahan yang dirasai. Menampung kehidupan, isteri bekas pensyarah ini membuat dan menjual kuih 'tepung pelita' sekitar kawasan perumahannya... (artikel penuh)

Aku rasa Shah Rukh Khan tak kenal Ali Rustam...

|

Bollywood bantu promosi Melaka
Oleh Amirullah Andi Nur

Mohd Ali perjelas keputusan beri gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan

KETIKA sedang menanti ketibaan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, di Seri Negeri, Ayer Keroh pagi Sabtu lalu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam secara berseloroh berkata kepada penulis, tangannya kebas menyambut panggilan telefon bimbitnya yang tidak pernah berhenti berdering.

"Bila saya jawab, mereka rupanya semua nak tahu kenapa kerajaan Melaka beri Datuk pada Shah Rukh Khan. Saya beritahulah, ia sebagai penghargaan atas usahanya membantu secara tak langsung memperkenalkan Melaka kepada masyarakat antarabangsa. (artikel penuh)

Ahmad Idham patut buat filem tentang kezaliman UMNO

|

"SAYA berasa seperti kena sepak selepas membaca berita pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk,” begitu reaksi pertama Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengenai berita pelakon itu menerima darjah kebesaran Melaka, Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, Sabtu lalu. (berita penuh)

Hoi UMNO, dengar dan lihat benda ni!

|

Aku buat takpe, orang lain tak boleh

|

Najib Perlu Pastikan Tidak Dikelilingi Kroni Dan Keluarga, Kata Mahathir
Oleh Neville D'Cruz

MELBOURNE, 12 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak perlu memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Ahad.

"Beliau juga patut mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara," kata bekas perdana menteri itu kepada Bernama selepas berucap pada seminar belia Malaysia di University of Melbourne. (berita penuh di sini)

KOMENTAR: Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yg lebih... aku la bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara tu...

Persoalan utama: Adakah Pak Lah akan melepaskan jawatan Menteri Pertahanan?

|

Persoalan yang mungkin kita terlepas pandang. Umum mengetahui Pak Lah sekarang adalah Menteri Pertahanan. Kementerian Pertahanan adalah kementerian yang terlalu lama diduduki Najib. Rasanya itu juga lubuk buat duit bagi Najib dan Imelda Rosmah. Apakah segala rahsia di Kemanterian Pertahanan akan digunapakai Khairy untuk mengawal Najib? Apa tindakan Najib ke atas Kementerian Pertahanan kalau jadi PM kelak? (itupun kalau dapat)... Kalau betul Pak Lah dikekalkan sebagai Menteri Pertahanan, sudah tentu Najib bukan seorang PM yg bebas!

I tak rela you... nyampah aku!

|

Musa: Abdullah tak rela letak jawatan...
Muda Mohd Noor Oct 9, 08 7:08pm
Umno bahagian Bukit Mertajam mendakwa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah didesak oleh pemimpin utama parti supaya tidak mempertahankan jawatan presiden Umno Mac depan.

"Pak Lah sebenarnya tidak rela untuk meletakkan jawatan tetapi dia berbuat demikian kerana beberapa pemimpin utama Umno suruh dia berhenti. (baca sinil)

This is what i call 'bullshit'.

|

“In all my years of service, I’ve always been guided by my conscience - I’ve always placed the interests of the nation above all,” Abdullah Badawi said as he announced his decision.

My reverse psychology works, says happy old fart

|

Dr M happy for Umno
PUTRAJAYA, Oct 8 - Tun Dr Mahathir Mohamad is glad to admit he was wrong because he had thought that Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi would not step down as Umno president and prime minister.

"I am happy for Umno as the party can be rebuilt," he said when reporters met him at the Perdana Leadership Foundation, here.

Asked what he thought Abdullah should do between now and March next year, Dr Mahathir said: "Shut up." (read more here)

Tubuhkan saja 30 Suruhanjaya untuk jadi Kepala Bapak Suruhanjaya

|

'Saya akan tubuhkan 3 suruhanjaya'
Oct 8, 08 6:11pm
Berikut teks lengkap pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan PWTC selepas mesyuarat khas Dewan Tertinggi BN berhubung peletakan jawatannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri. (baca sini)

Bayangkan Imelda Rosmah ganti Khairy...

|


puh!!! i'm speechless...

OH YES! Confirm Khairy is DEAD!

|

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden
08/10/2008 5:28pm
KUALA LUMPUR 8 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – Utusan.

Abdullah tidak pertahan jawatan Presiden Umno
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti, Mac depan.

Beliau juga memberitahu bahawa akan berundur sebagai Perdana Menteri menjelang Mac depan.- Bharian

PM Says He Will Not Defend Umno Presidency
KUALA LUMPUR, Oct 8 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi announced that he will not defend the Umno presidency during the Umno general assembly in March, 2009.- BERNAMA

Abdullah Tidak Pertahankan Jawatan Presiden Umno
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac tahun depan dan kemudiannya akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional.

Keputusan itu diumumkannya hari ini selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini

Ini bermakna proses peralihan kuasa oleh beliau kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang sebelum ini ditetapkan pada Jun 2010 diawalkan setahun.

Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini telah membuat keputusan menunda tarikh Perhimpunan Agung parti itu dari jadual asalnya Disember ini ke Mac tahun depan dengan tujuan mempercepatkan proses peralihan kuasa.- BERNAMA

Bila UMNO buat lawak Jim Carrey

|



Ketua UMNO cawangan pula mahu tanding naib presiden
KUANTAN 6 Okt. – Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, Mohammad Hanapi Salleh mengumumkan hasrat bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan, sekiranya mendapat pencalonan.

Mohammad Hanapi, 53, yang memegang jawatan Ketua UMNO cawangan itu sejak 32 tahun lepas berkata, pertandingan dalam parti mencerminkan demokrasi masih hidup di dalam UMNO dan ia merupakan satu perkembangan positif.

‘‘Setiap ahli berhak bertanding bagi mana-mana jawatan jika mempunyai kelayakan dan sokongan mencukupi,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini. (baca sini)



KANGAR: Pelakon bangsawan dan penggiat teater di Perlis, Ismail Hashim, menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.

Dalam kenyataannya kepada media di sini, semalam, Ismail, 43, yang lebih dikenali sebagai ‘Mail Bangsawan’ berkata beliau menawarkan diri bertanding selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mac tahun depan.

Pengerusi Tetap Pemuda Umno bahagian Arau itu berkata, hasratnya ikhlas dan yakin tindakannya turut membuka mata golongan muda yang secara tidak langsung mengembalikan minat mereka terhadap perjuangan Umno.

"Saya tidak mahu wujud puak-puak dalam Umno dan saya akan tetap menyokong kepemimpinan utama parti pada setiap masa dan akan tetap berjuang bersama parti," katanya.

P. Ramlee dari dulu lagi dah meluat dgn UMNO

|



Sebagai Tambahan

David Letterman-Obama Sept-10-2008

|

Part-1


Part-2


Part-3