Kes M. Daud Kilau - Rangkaian Jabatan Peguam Negara & Polis

|

siasatan polis selesai

KUALA LUMPUR 27 Jun - Kes penyanyi veteran, Datuk M. Daud Kilau yang didakwa meliwat seorang remaja lelaki sejak setahun lalu dianggap selesai dan ditutup oleh polis hari ini.

Ia ekoran keputusan Jabatan Peguam Negara Kuala Lumpur yang mendapati tiada bukti untuk menyabitkan artis berkenaan dalam kes tersebut baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sofian Yassin berkata, polis menutup kes itu selepas kertas siasatan diserahkan semula oleh Jabatan Peguam Negara kepada pihak polis, 30 April lalu.

Katanya, kertas siasatan itu dipulangkan selepas jabatan tersebut tidak menemui sebarang bukti yang dapat menyabitkan artis berkenaan dalam kes liwat itu.

"Kes itu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sejak Mei 2007 termasuk menyerahkan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pengadu untuk pengesahan dan siasatan lanjut.

"Bagaimanapun jabatan itu mendapati tiada bukti kukuh untuk meneruskan proses pendakwaan di mahkamah maka polis menutup kes ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar pada 27 April tahun lalu melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mendakwa diliwat dua kali oleh penyanyi yang digelar 'Raja Gelek' terbabit pada Januari dan April 2007 di kediaman penyanyi veteran itu.

Remaja yang mendakwa sebagai pembantu peribadi penyanyi terbabit membuat laporan polis selepas dia ditahan kerana dipercayai mencuri wang berjumlah RM1,608 dan kamera digital milik artis terbabit.

Kes tersebut sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan atas kesalahan meliwat tanpa kerelaan.

Sementara itu, penyanyi berkenaan ketika dihubungi melahirkan rasa syukur selepas terpaksa mengharungi pelbagai kesukaran sepanjang kes itu disiasat.

"Saya harap keputusan ini membersihkan nama dan maruah saya yang tercalar akibat tuduhan palsu tersebut," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau bercadang mengadakan majlis kenduri doa selamat pada hari jadinya yang ke-69 pada 9 Julai depan.

*catatan : nasib baik mat daud kilau ni bukan ahli politik pro pembangkang. kalau tak diperamnya kes ni lagi lama. apa pun, kawe kenal sangat dengan mat daud kilau sebab masa kawe kecil dulu (area 1979-80) dia selalu datang jumpa bapa saudara kawe di kelantan kalau ada persembahan. jangan salah faham...hehehe. apa pun lagu cek mek molek dia lagu wajib kalau kawe karaoke...

Khairy Fuckin' Jamaluddin

|

jamludeen
Anwar kreatif cipta kontroversi – Khairy

Monday, 30 June 2008

TEMERLOH – Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seorang ahli politik yang `kreatif’ dalam meraih simpati masyarakat terhadapnya.

Katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sanggup melakukan apa sahaja taktik untuk menarik perhatian masyarakat kononnya nyawanya terancam.

‘‘Saya sendiri tidak menolak kemungkinan Anwar sendiri yang menyuruh pembantunya itu membuat laporan polis dan ini adalah satu taktik konspirasi beliau untuk meraih simpati orang ramai,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai tindakan seorang pemuda yang membuat laporan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar di ibu negara.

Pemuda berusia 23 tahun itu dan merupakan pembantu khas kepada Anwar telah membuat laporan di Balai Polis Travers pada pukul 5.45 petang Khamis lalu.

‘‘Kononnya nyawa (Anwar) diancam, Anwar kini berlindung di Kedutaan Turki dan taktiknya bersembunyi di kedutaan asing mengiyakan pandangan sesetengah pihak selama ini beliau bersekongkol dan bekerjasama dengan kuasa asing.

‘‘Sepatutnya, jika benar nyawanya terancam, Anwar hendaklah membuat laporan polis dan bukannya berselindung di kedutaan asing di negara sendiri,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan taktik tersebut dan sebaliknya biarlah polis membuat siasatan mengenai dakwaan tersebut.

Mahathir's doing the right thing - cuci najis dari luar tangki

|

“Ayuh bersatu singkir pemimpin yang bawa celaka” Mahathir

KL: Mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, sekali lagi mengulangi gesaannya kepada anggota Umno supaya bersatu dan ‘menyingkir pemimpin yang telah bawa kecelakaan kepada parti dan negara’.

Gesaan itu seolah-olah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sambil merujuk kepada prestasi Umno yang mengecewakan dalam pilihan raya Mac lalu.

Ini sedang cawangan-cawangan Umno di seluruh Malaysia bersiap sedia untuk mengadakan pemilihan pemimpinnya tidak lama lagi.‘Umno hari ini tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.

‘Ia berjuang untuk pengekalan kuasa dan kesejahteraan Presidennya. Perpaduan yang dituntut hanya untuk menyokong Presiden,’ kata Dr Mahathir.

‘Ini baik jika Presiden dapat membawa parti dan negara ke arah kejayaan dan kebaikan. Tetapi apa yang dilihat ialah keburukan dan kehinaan bagi parti dan negara.

‘Dibawah kepimpinan Presiden ini Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008,’ tambahnya.

Dr Mahathir berkata demikian dalam ulasan terbarunya dalam bahasa Melayu, yang diisarkan di blognya, www.chedet.com, semalam dengan tajuk ‘Perpaduan’.

Menurutnya, perpaduan dalam Umno ’sudah berkecai’, parti-parti komponennya juga kalah di Semenanjung Malaysia dan Umno tidak lagi dianggap relevan di kalangan generasi muda di negara itu.

‘Negara Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara contoh oleh negara-negara membangun lain. Wilayah milik negara telah terlepas ke tangan negara kecil di selatan… Ekonomi negara kucar-kacir sehingga pelabur Malaysia pun tidak ingin melabur di Malaysia,’ kata beliau.

‘Jika kita harus ada perpaduan, ianya hendaklah dengan tujuan memulih semula maruah dan kejayaan bangsa dan negara. Tidak ada sebab yang kepimpinan yang ada sekarang harus diperkuatkan dengan perpaduan di belakangnya,’ tegasnya.

http://klpos.com

Subsidi Menurut Pandangan Islam

|

subsidy
Mari kita sama-sama berkongsi pengetahuan pada hari ini. Baru je lepas mendengar kuliah Zohor daripada Ustaz Azhar Yaakob. So, apa yang sedikit sebanyak tu kita kongsi bersama-sama. Tak pa no?? Sebelum ini, kita pun dah keliru samada subsidi ini bagus atau tidak untuk rakyat. Lebih-lebih lagi kalau kena tang Pak Menteri. Semua kalau boleh tak hendak dia bagi subsidi dekat rakyat. Nanti rakyat tak mampu berdikari katanya.

Oleh kerana kita ingin mencari adakah subsidi ini dibolehkan atau tidak dari sudut Islam marilah kita kembali kepada Sirah Sayyidina Umar Al-Khattab. Sayyidana Umar semasa pemerintahannya mengistiharkan setiap tahun satu hari di mana segala dana negara perlu dikosongkan dan diberi kepada rakyat dalam bentuk subsidi. Amirul Mukminin mengeluarkan arahan tersebut kepada Abu Musa As-Shaari yang menjaga perbendaharaan negara pada masa itu. Lalu Abu Musa menyimpan sebanyak seribu dinar sebagai simpanan(backup) kerana pada masa itu, dana negara benar-benar kosong dan kehabisan. Lalu apabila ia berjumpa dengan Saidina Umar, Saidina Umar menyatakan bahawa syaitan telah bertenggek di telinganya dan menyuruh beliau mengambil seribu dinar itu dan diberikan kembali kepada rakyat.

Pada tahun berikutnya Saidina Umar R.A menyuruh Menteri Kewangan pada masa itu, iaitu Abu Huzaifah Ibnu Yaman untuk melakukan perkara yang sama. Ini kerana, segala harta di dalam dana negara bukanlah hak kerajaan atau khalifah(Umar sendiri), tetapi adalah hak rakyat.

Menurut seorang professor pakar ekonomi Islam iaitu Badawi Abd. Latif di dalam bukunya(lupa tajuk), tindakan Saidina Umar R.A dilihat sebagai agak radikal atau konservatif. Tetapi ia sebenarnya mendedahkan modus operandi sebenar ekonomi Islam. Di mana sebuah kerajaan Islam itu bukanlah mementingkan poket kerajaan tetapi lebih mementingkan poket rakyat.

Beliau seterusnya memperincikan bahawa subsidi itu terbahagi kepada dua :
1. Direct(langsung) - seperti pemberian duit/wang.
2. Indirect(tak langsung) - subsidi kerajaan mengurangkan harga barangan dan sebagainya seperti gula, tepung dan sebagainya.

Ia seterusnya menolak kenyataan kapitalis bahawa rakyat sesebuah negara tidak perlu diberikan subsidi kerana yang penting adalah kekayaan kerajaan. Apabila perbendaharaan negara dikosongkan, rakyat berada dipuncak kesenangan dan kekayaan walaupun kerajaan tidak berduit. Namun, kekayaan dan kesenangan yang diperolehi oleh rakyat akan diberikan balik kepada kerajaan. Kerajaan mendapat kemakmuran yang berlipat kali ganda apabila rakyat memberi kembali kekayaan yang diperolehi mereka dalam bentuk cukai dan zakat.

Dalam situasi sekarang, subsidi dikurangkan dan dimansuhkan kepada golongan rakyat marhaen sahaja. Namun, dalam masa yang sama kerajaan memberikan subsidi dan galakan yang besar kepada golongan rakyat asing. Ianya boleh dikenali sebagai insentif yang begitu lumayan. Di antaranya industri-industri perkilangan yang terlibat. Contoh paling dekat adalah Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI). Dikhabarkan 35% tanah di kawasan tersebut telah dikuasai oleh rakyat asing yang diketuai Singapura kerana pembelian tanah-tanah tersebut amat murah dan polisinya begitu minimum sekali.

Sedar tidak sedar, kehidupan rakyat sebenarnya dikuasai oleh cukai yang dikenakan oleh kerajaan kepada kita. Setiap elemen kehidupan tidak terkecuali daripadanya. Air, pakaian, kereta dan sebagainya ditindan dengan pelbagai-bagai jenis cukai samada kita tahu atau tidak. Sebagai contohnya, apabila kita ingin membeli kereta. Langkah pertama adalah dengan memiliki lesen - sudah tentu dikenakan cukai. Membeli kereta - pasti dikenakan cukai. Untuk naik kereta, terpaksa membayar cukai jalan(dah namanya cukai). Insuran kereta tidak dikecualikan dari cukai. Minyak kereta sudah tentu telah dicukai. Parking - ada cukai. Kena denda parking - ada cukai. Tol - ada cukai, speed trap - ada cukai, saman tali pinggan keledar- kena cukai, spare part kereta pun ada cukai.

Lalu siapakah yang memperolehi keuntungan dari cukai-cukai ini? Sudah tentulah kerjaan. Oleh itu ia dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk gaji dan subsidi. Jadi, duit subsidi itu duit kerajaan atau duit rakyat?

Penghapusan subsidi juga memberi kesan yang merbahaya kepada kesihatan ekonomi negara. Tidak salah jika dikatakan ia menyumbang kepada kehancuran ekonomi negara. Antaranya :-

i) Inflasi yang dasyhat.
Dr. Zeti Akhtar menyatakan bahawa inflasi untuk bulan Jun sahaja mencapai 5%, dan inflasi ini akan mencapai kemuncaknya pada bulan Oktober.Kerana pada masa itu ia adalah musim perayaan.

ii) Nilai kompetitif semakin menurun.
Apa gunanya pelbagai barang di pasaran, tetapi dalam masa yang sama rakyat tiada duit untuk berbelanja. Kuasa membeli rakyat juga semakin mengecil dan seterusnya menyebabkan KDNK negara akan semakin berkurang. Tidak mustahil jika 10 tahun dari sekarang, daya saing negara kita akan merudum jatuh dan akan lebih bawah daripada Thailand dan Indonesia. Jangan terkejut jika rakyat kita pula yang akan pergi ke Indonesia untuk menjadi pembantu-pembantu rumah.

iii) Peningkatan kadar jenayah dan gejala sosial yang berorientasikan kepada ekonomi
Kadar jenaya seperti ragut dan rompak akan semakin meningkat disebabkan rakyat semakin terdesak untuk hidup.

iv) Rakyat terpaksa mengikat perut
Satu masa nanti, jangan terkejut jika kita hanya makan sekali sahaja sehari akibat kesempitan hidup. Sampai masanya, rakyat sudah tidak mempunyai perut lagi untuk diikat.

Dalam pada kerajaan mengesa rakyat untuk mengubah cara hidup mereka, dalam masa yang sama pembaziran di dalam pentadbiran tetap diteruskan. Tahukah kita dengan hanya pemotongan elaun keraian sebanyak 10% sahaja oleh menteri-menteri kita sudah dapat menjimatkan rm2Billion setahun. Lalu berapa banyakkah perbelanjaan yang telah diboroskan oleh mereka selama ini. Gaji CEO TNB pula adalah sebanyak rm105,ooo sebulan. Itupun bagi memelihara kebajikan mereka, dicadangkan dinaikkan sebanyak 100%.

Pemimpin yang berjiwa Islam seharusnya memahami susah payah dan jerit-perih rakyat. Mereka harus turun ke peringkat akar umbi memahami kesempitan yang sedang dialami rakyat. Janganlah hanya mendesak rakyat berjimat-cermat tetapi dalam masa yang sama menghabiskan berjuta-juta begitu sahaja. Perbelanjaan mengendalikan monsun cup, perbelanjaan menganjurkan F1, bail out pelabuhan Klang dan pelbagai-bagai perbelanjaan yang tidak perlu. Dalam masa yang sama, kerajaan mampu memberikan rm1 juta sebagai ganjaran kepada pemenang pingat emas sukan Olimpik. Kebajikan sesiapakah yang sebenarnya dipentingkan oleh mereka-mereka ini sebenarnya?

Namun, tindakan yang dilakukan sebenarnya ibarat menggali kubur mereka sendiri. Kerana rakyat pastinya akan bangkit menuntut keadilan. Lalu, inilah masa yang terbaik untuk kita kembali kepada Islam. Memahami Islam dan melaksanakannya.

Anwar Ibrahim: Who is he to us?

|

By Charles R. Avila
(abridged by Din Merican)

When I was first met him in 1974 in Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim was already a famous young man, having formed Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). I was then based in Bangkok, Thailand and we were forming what was to be known as Asian Cultural Forum on Development (ACFOD). The aim was to conduct and institutionalize the inter-faith conversation and cooperation on the values of religion, revolution and development.

At our meeting in Malaysia’s cosmopolitan capital,Anwar wanted to check out why I wanted him to be part of ACFOD. He mentioned some Filipinos he had already known: Christians like Arturo Tanco, and Muslims like Jun Alonto. I remember I informed him that from Indonesia my friend Abdurrahman Wahid of Nahdatul Ulama, had already agreed to join as had the Buddhist Sulak Sivaraksa of Thailand, the Hindu Swami Agnivesh of India and the monk Tich Nhat Hanh. Before long, I learned that for championing the cause of hard-pressed poor farmers in a northern Malaysian state, Anwar was suddenly detained without trial for two years–in the same years when the practice was also common in my own country.

Time flew so fast. The Indochina was came to an end (1975). Anwar joined the ruling party, UMNO and in quick succession occupied various cabinet posts (in the Mahathir Administration). But not quite unknown to his compatriots, Anwar had a secret inspiration—the Filipino pioneering patriot, Jose Protacio Rizal. Like Mohandas K. Gandhi, and Pandit Nehru, and Rabrindranath Tagore and Sun Yat Sen, Anwar Ibrahim saw Rizal as among a few who belonged to no particular epoch, who belonged to the world, and whose life had a universal message.

Although his field of action lay in politics, which he bore in the cause of duty rendering a leader without ambition and a revolutionary without hatred, Rizal’s real interests lay in the arts and sciences, in literature and medicine. Anwar Ibrahim too is a voracious reader, most conversant with an entire corpus of Eastern literature and Western canons.

While he was Malaysia’s Deputy Prime Minister, Anwar was fond of quoting this line from Noli, the first Southeast Asian novel (by Rizal): ” In the history of human suffering is a cancer so malignant that the least touch awakens such agonising pains”.. The book could have been about any nation, not just Spanish-ruled Philippines, in Asia. Rizal noted that healing must begin with honest diagnosis: “I will lift part of the veil that conceals the evil, sacrificing all to the truth, even my own pride…”

Anwar explained: “In a closed society, lifting the veil would be taboo. Indeed, Rizal’s social diagnosis was tantamount to subversion. In his time, the closed society was identified with colonialism, but that was only a cloak that wrapped it for a time. A century since Rizal was executed, Asia has had five decades of modern nationhood. But the cloak of colonialism has been replaced by coverings of various fashions and thickness, including dictatorships…we must remove the veil hiding our shame. More than ever, we need courage of Rizalian proportions to be honest with ourselves”.

And still more from Anwar Ibrahim of the Malay race: “The Philippine Revolution, the first of its kind in Asia, opened the floogates of liberation against Western imperialism. More than physical bondage, it aimed to break the chains of mental captivity. In Rizal’s words” ‘We must win freedom by deserving it, by improving the mind and enhancing the dignity of the individual. loving what just, good and great, to the point of dying for it, When a people reach these heights…the idols and tyrants fall like a house of cards and freedom shines in the frist dawn.’”

Not long after, Anwar would go to jail a second time for his unrelenting campaign against corruption and abuse of power and his commitment to the Rizalian ideals of empowerment, justice and equity. As acting Prime Minister in 1997, he introduced the controversial Anti-Corruption legislation which held public officials accountable for corrpt practices even after their departure from public service.

Anwar is the man whose understanding is that Jose Rizal’s programme for the liberation was for all Asia and in pursuing that programme, he became “Asian of the Year” per Newsweek Internationala decade ago. It was Malaysia’s Anwar who saw Rizal’s articulation of the idealistic foundations of an independent nation —of liberty, human dignity and morality—as unprecedented. He said. …”The only justification for national self-government is the restoration of the dignity of the people. But this ideal will continue to elude us as long as abject poverty, rampant corruption, oligarchs and encomenderos remain. These evils will not be defeated until we liberate ourselves from mental incarceration. Then we can recover our own virtues and be, in the words of Jose Rizal, ‘once more free, like the bird that leaves the cage, like the flower that opens to the air’“.

As a prominent world Muslim leader, Anwar is again showing the Rizalian feature his style. He certainly does not shy from criticising Muslim countries for their failings. During ameeting of Islamic scholars in Dubai, for instance, he condemned the torture of Iraqis at the US-run Abu Ghraib prison, but he also urged participants to scrutinize their own governments on decades for cruelty in their own gaols.

Today, the Prime Minister-in-waiting of Malaysia is widely recognised as an advocate for moderate Islam, cultural and religious tolerance, liberal democracy and international collaboration. He argues that Islam and Democracy should be compatible and decries the use of violence and crime in the name of Islam. ” It is a moral imperative for Muslims to be fully committed to democratic ideals”, Anwar has said.

The “gross misunderstanding” of the relationship between Islam and Democracy was fed by corrupt and unaccountable governments in parts of the Muslim world, not by adherence to true Islamic values. He cites Indonesia as an example of a predominantly Muslim nation that began as a democracy. The Indonesian election of 1955 was relatively free and fair, but “was hijacked by the secular nationalist Sukarno. People tend to forget this fact: it was not hijacked by the Muslim parties in Indonesia”.

Or listen to his remarks that remarks that remarkably evidence the east-west integration that has become his peculiar charisma amd moved Time to name him to the top 100 most influential persons on earth: Whether it is Islam, Christianity, Judaism or other religions, faith reinvigorated could lead not just to bigotry, but may, when compounded with the elements of political and social discontent, cause us to express ourselves through violence and bloodshed,” Anwar once said. “But if moulded under the hand of universal wisdom it could be a force to free us from ignorance and intolerence, injustice and greed”.

Anwar Ibrahim arrives in Manila today (June 6, 2008 ) for a private visit. But how private can one be when the whole world knows he is Malaysia’s Chief Executive-in-waiting. Like Ninoy Aquino who was once time barred from running for the presidency by age technicality, Anwar too could not run in the last Malaysian elections as it was deliberately scheduled only weeks before his re-qualification to stand for elective office. But the people all the more rallied behind his candidates and delivered a powerful message.

Anwar’s Group won 82 seats of the Malaysian Parliament’s 222 seats during the March 8, 2008 elections, wrestling control of five of Malaysia’s 13 states from the ruling United Malay National Organisation (UMNO)-led coalition, which held power since 1957. His wife, Dr. Wan Azizah, who is Parti KeADILan Rakyat President, and his daughter Nurul Izzah Anwar ran for Parliament last March and won convincingly.
_________
This article was written by Charles R. Avila to commemorate Dato Seri Anwar Ibrahim’s visit on June 6 and 7, 2008 to the Philippines where he met up with former Presidents Joseph Estrada and Corazon Aquino and other dignatories. Like Indonesians, our Filipino friends hold Anwar Ibrahim in high regard. —Din Merican

Orang Minyak

|

orang minyak
The Orang Minyak is one of a number of supposed ghosts in Malay culture. Orang Minyak means 'oily man' in Malay.

There exist several different versions of the legend and the creature. According to one legend, popularised in the 1956 film Sumpah Orang Minyak (The Curse of the Oily Man) directed by and starring P. Ramlee, the orang minyak was a man who in an attempt to win back his love with magic was cursed. In this version, the devil offered to help the creature and give him powers of the black arts, but only if the orang minyak worshipped the devil and raped 21 virgins within a week. In another version it is under control of an evil bomoh or witch doctor. Another movie based on Orang Minyak was produced in 2007 [1], showing this theme remain popular until now. As at 24 November 2006, a burglar was arrested, stark naked cover with oil, remising of Orang minyak in Malaysia.

In the 1960s, the orang minyak supposedly lived around several Malaysian towns raping young women. The orang minyak of the 1960s was described as human, having a naked body covered with oil to make it difficult to catch. However, there were also stories of the orang minyak where it was supposedly supernatural in origin, or invisible to non-virgins (possibly from the oil) or both. The mass panic has also led to unmarried women, typically in student dormitories, borrowing sweaty clothes to give the impression to the orang minyak that they are with a man. Other defences supposedly include biting its left thumb and covering it in batik.

In short, the orang minyak is a supernatural serial rapist that is hard to see and hard to catch. Some have speculated that the orang minyak is a regular criminal who uses black grease as a night-time camouflage. Due to the use of black grease, it makes the orang minyak hard to catch, as pursuers would not be able to hold on to him. However, in some encounters with the orang minyak, the situation is not explainable from a non-supernatural angle.

It is possible that different versions of the legend were used as a cover for things other than actual rapes. Reputed sightings of the orang minyak, or events later ascribed to it, have continued with reduced frequency into the 2000s.

In 2005 there have been cases rapies covered in oil roaming around, armed with knife. [2]

petikan dari:
http://en.wikipedia.org/wiki/Orang_minyak

Semua menteri tersenyum bila Dolah umum minyak naik

|

salahuddin ayub1
harakahdaily - [...] Jelas Salahuddin, beliau akan menggunakan peluang dan ruang sebaik-baiknya serta akan mengemukakan hujah-hujah yang lebih 'emperical' bagaimana seharusnya kerajaan bertindak dalam menghadapi pengurangan subsidi dengan menteri berkenaan secara langsung melalui saluran RTM pada 9.30 malam, 10 Jun ini (Selasa).

Beliau berkata demikian dalam sidang media mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Katanya, kesan kenaikan harga minyak yang tidak munasabah ini merupakan isyarat terakhir kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan.

Kerajaan katanya juga tidak mengambil pengajaran daripada tsunami politik yang berlaku selepas pilihan raya lalu.

"Hari ini rakyat mungkin kesal kerana tidak memberi pelapis kepada kami. Jika kami memerintah mungkin situasi ini tidak berlaku," katanya.

Jelasnya situasi yang berlaku hari ini, rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan seperti kenaikan harga beras dan minyak masak yang menjadi keperluan harian rakyat.

"Jika sebelum ini bagi rakyat yang berpendapatan rendah, mereka terpaksa membeli beras yang berharga RM18 untuk 10 kilogram, tetapi kini harga tersebut telah melambung.

"Jika semua menteri pada hari Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga minyak itu tersenyum, apa mesej sebenarnya yang ingin mereka sampaikan kepada rakyat?" soalnya.

Sementara itu katanya, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya 10 Jun ini .... selanjutnya.